Pelumba motosikal negara, Hafizh Syahrin yang beraksi di perlumbaan motosikal paling unggul, Grand Prix bagi kategori Moto2 telah terlibat dalam satu kemalangan ngeri.
Kemalangan ini terjadi dalam perlumbaan Moto2 yang kini serang berlangsung di GP Austria bagi musim 2020.
Pelumba pasukan Aspar berusia 26 tahun itu dikejar ke pusat perubatan di litar tersebut dalam keadaan sedar selepas kemalangan itu.
“Lebam di bahagian pinggul tetapi imbasan pertama tidak menunjukkan keretakan besar. Dia akan dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut,” menurut tweet MotoGP.
Unbelievable impact #moto2 pic.twitter.com/EFfWvDW4r8
— DarcyF1 Multimedia (@darcyf1) August 16, 2020
Kejadian ngeri ini berlaku selepas Enea Bastianini terjatuh selepas selekoh yang berbahaya di mana pelumba perlu mendaki ketika memasuki selekoh dan terpaksa menuruni pula selepas keluar dari selekoh.
Kemalangan itu menyebabkan Hafizah melambung tinggi di udara dan jenteranya berkecai.
Ekoran kemalangan teruk ini Red Flag atau bendera merah terpaksa dikibarkan untuk memastikan bantuan kecemasan diberikan kepada pelumba yang terbabit sebelum litar dibersihkan.
Ambulan dan pasukan perubatan terus dikejarkan ke tempat kejadian bagi merawat mangsa kemalangan.
Kemalangan ngeri ini telah melibatkan 4 pelumba iaitu Enea Bastianini, Edgar Pons, Hafizh Syahrin dan Andi Farid Izdihar.
Doa yang baik-baik buat Hafizh Syahrin yang mengalami kemalangan di perlumbaan #Moto2 sebentar tadi. 🤲🏻
Red Flag terpaksa dinaikkan & race dihentikan buat seketika. #MotoGP #sTayMindful #staysafe #newnormal #RMCO #KamiTeamMalaysia pic.twitter.com/Xd0PHb6Q0Q
— Team Malaysia (@TeamMsia) August 16, 2020
Sementara itu, pengasas pasukan, Jorge Martinez berkata amat menakutkan untuk melihat kemalangan itu tetapi doktor menyatakan Hafizh, yang dikenali sebagai ‘El Pescao’, sentiasa dalam keadaan sedar dan tiada sebarang kesan pada bahagian kepala.
“Mereka telah menjalankan pemeriksaan ultrasound pada bahagian perut serta imbasan CT seluruh badan dan pelumba itu tidak mengalami sebarang keretakan tulang.
“Mereka telah membawanya ke hospital untuk pemeriksaan lanjut dan kami gembira untuk mengumumkan bahawa pelumba itu sihat selepas kejadian itu,” katanya dalam kenyataan.
Sementara itu, prinsipal pasukan Petronas Sepang Racing Team, Datuk Razlan Razali berkata pelumba itu berada dalam keadaan sedar dan hanya mengalami lebam.
Keadaan pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah setelah mendapat rawatan susulan kemalangan pada GP Austria, semalam.
Video: @Hafizh_pescao55 pic.twitter.com/xIo9jE1reB
— BERNAMA TV 🇲🇾 (@BernamaTV) August 17, 2020
Sebentar tadi BERNAMA melalui akaun Twitter mereka telah mengeluarkan satu klip keadaan pemain itu.
Hafiz Syarin kelihatan terpaksa menggunakan tongkat untuk bergerak secara perlahan-lahan, namun tidak memerlukan bantuan sesiapa untuk bergerak.
Saingan di Litar Red Bull Ring-Speilberg semalam itu terpaksa dipendekkan kepada 13 pusingan selepas kemalangan tersebut.