[VIDEO]: Bola Sepak Sosial Jadi Ganas, Penjaga Gol Disepak & Dipukul

Satu rakaman video menampilkan seorang penjaga gol diserang oleh seorang lagi pemain dalam satu perlawanan bola sepak telah menjadi tular di media sosial.

Perlawanan tersebut dipercayai berlangsung diadakan di Padang Bola Sepak swasta yang terletak di Kampung Baru.

Kami tidak dapat memastikan sama ada si penyerang atau yang diserang adalah rakan sepasukan atau dari dua pasukan berbeza, dan enggan membuat spekulasi mengenai perkara itu.

Berdasarkan rakaman, sebuah pasukan (berjersi warna merah) sedang melakukan pep talk di tepi padang sebelum memulakan perlawanan.

Dua pasukan lagi pula sedang beraksi di padang. Ketika pep talk diadakan – yang secara kebetulan dirakam – pergaduhan dan adegan ganas dari pasukan yang sedang beraksi meletus.

Kelihatan seorang penjaga gol (kami andaikan penjaga gol kerana pakai sarung tangan) cuba melarikan diri dari seorang pemain.

Penjaga gol tersebut menuju ke arah bangku pemain simpanan sebelum ditumbuk berkali-kali.

Beberapa pemain lain kelihatan cuba meleraikan pergaduhan tersebut. Namun pergaduhan itu melarat ke padang bersebelahan.

Bola sepak sosial seharusnya menjadi platform untuk masyarakat Malaysia bermain bola sepak sambil mengamalkan gaya hidup sihat.

Selain itu, ia juga wadah untuk bersosial dan mengeratkan silaturahim sesama kita

Namun insiden sehingga terjadi pergaduhan dan tumbuk menumbuk seperti yang tular di video ini sememangnya amat memalukan.

Bagi kami, pemain terlibat harus tidak dibenarkan beraksi di situ lagi.

 

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.