[VIDEO]: Aubameyang Lilit Perisai Komuniti Dengan ‘Seat-Belt’ Elak Kejadian Piala FA Berulang

Pierre-Emerick Aubameyang kali ini berusaha melakukan sedaya yang boleh demi memastikan kejadian menjatuhkan trofi Piala FA tidak lagi berulang kepada Perisai Komuniti yang dimenangi Arsenal pada malam tadi.

Kapten Arsenal itu sebelum ini tida sengaja menjatuhkan trofi Piala FA beberapa minggu lalu. Dan semalam secara bergurau Aubameyang berkongsi satu video di Instagram kaedah untuk mengelak kejadian sama dari berulang.

“Guys, guys, amat penting, tali pinggang keledar (Seat-belt), amat penting,” ujar beliau sambil ketawa dan menunjukkan Perisai Sumbangsih di sebelah tempat duduk di dalam bas.

“Kalau begini, saya tidak akan jatuhkannya,” tambah beliau lagi.

Aubameyang sekali lagi muncul sebagai penjaring Arsenal dan instrumental untuk The Gunners meraih kejayaan.

Selepas menjadi wira di Wembley membantu Arsenal menewaskan Chelsea di perlawanan akhir Piala FA, Aubameyang kali ini menghasilkan gol cantik yang melencong masuk membocori gawang juara liga musim lalu, Liverpool.

Takumi Minamino bagaimanapun berjaya menyamakan kedudukan untuk Liverpool dan mengheret perlawanan ke penentuan sepakan penalti yang Arsenal menangi selepas Rhian Brewster gagal menyempurnakan sepakannya.

Drama membabitkan Aubameyang tidak terhenti di situ sahaja apabila beliau tidak mendapat medal kemenangan. Ini kerana penganjur gagal menyediakan medal kemenangans secukupnya dengan medal terakhir dipungut oleh Granit Xhaka.

Persoalan yang lebih penting buat penyokong Arsenal ialah adakah Aubameyang akan menyambung kontrak beliau untuk terus kekal di Emirates selepas ini?

 

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.