Video: Aksi Mbappe Ketika Bertemu Bayern Membuktikan Beliau Pemain Terhebat Dunia Ketika Ini

Persembahan individu Kylian Mbappe ketika bertemu Bayern Munich sangat menarik untuk disaksikan dan ia jelas membuktikan bahawa beliau pemain terhebat dunia pada ketika ini.

Mbappe sekali lagi menjadi nadi penting untuk Paris Saint Germain dalam aksi saingan liga Juara-juara selepas membenam Juara bertahan, Bayern Munich 3-2 di Allianz Arena awal pagi tadi.

Beliau menjaringkan dua gol dan terus menerus memberi ancaman ke kubu Bayern sepanjang perlawanan tersebut.

Mbappe cemerlang mengucar ngacirkan barisan pertahanan gergasi Bundesliga itu dengan kelajuan dan skill yang dimiliki olehnya.

Pemain berusia 22 tahun itu bukan hanya menunjukkan kemampuan penyudahnya yang tajam sahaja, beliau bahkan turut mempamerkan aksi kawalan bola yang sungguh mengagumkan dengan membawa rakan sepasukannya masuk ke bahagian final third.

Pemain kebangsaan Perancis itu membuktikan beliau mampu membimbing jentera serangan dengan sempurna di pentas yang besar dan bertemu dengan pasukan sehandal Bayern Munich.

Para peminat di twitter memuji kehebatan yang beliau pamerkan dan menganggap Mbappe bakal mendominasi pentas bola sepak dunia.

“Anak muda yang sedang dalam perjalanannya untuk mendominasi dunia bola sepak masa kini dan masa hadapan.”

“Faktanya adalah dia baru berusia 22 tahun dan telah mencapai apa yang telah dia perjuangkan.”

Hanya Erling Haaland sahaja yang telah menjaringkan lebih banyak gol dalam saingan liga Juara-juara berbanding Kylian Mbappe pada musim ini.

Pemenang Piala Dunia itu juga ketika ini telah menjaringkan lebih banyak gol di peringkat kalah mati saingan liga Juara-juara berbanding legenda Perancis, Thierry Henry.

Bercakap tentang aksi hebatnya hingga dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan, Mbappe menjelaskan:

“Jurulatih mahukan saya untuk menutup garis hantaran antara Kimmich dengan Neymar dan saya membuat larian ke dalam untuk mengatasi pertahanan Bayern dan memaksa mereka untuk berlari kerana mereka tidak akan suka itu.”

Untuk aksi leg kedua nanti, Mbappe turut menyatakan bahawa:

“Ia berjalan dengan sempurna hari ini. Aksi leg kedua? Untuk memulakan kita perlu berdepan dengan Strasbourg dulu minggu ini.”

“Kemudian kita perlu menyerang dengan lebih yakin, tidak kira walau kita berdepan dengan pasukan yang hebat sekalipun.”

“Ini saingan liga Juara-juara, memang hanya ada pasukan yang bagus sahaja dalam kejohanan ini.”

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.