VIDEO: Adrian Tersilap Tackle Rakan Sendiri Sehingga Gomez Tak Puas Hati

Sukar untk Joe Gomez mempercayai apa yang beliau alami pada awal pagi tadi apabila penjaga gol, Adrian cuba melakukan tackle ke atas pemain pertahanan sendiri di dalam kotak penalti.

Liverpool masih lagi beraksi tanpa penjaga gol utama, Alisson Becker buat masa ini akibat kecederaan.

Ini bermakna pengurus pasukan, Jurgen Klopp harus menyandarkan posisi di hadapan gawang kepada Adrian buat masa ini.

Bekas penjaga gol West Ham itu yang turut disanjung penyokong Liverpool kerana aksi heroic pada musim lalu telah dibolosi sembilan gol dari dua perlawanan sebelum ini.

Sudah tentu sebarang kesilapan yang boleh mengundang padah dari Adrian adalah perkara yang paling mahu Liverpool elakkan dalam perlawanan pertama Champions League menentang Ajax pada awal pagi tadi.

Babak pertama perlawanan tersebut berjalan dengan lancar buat Adrian dan Liverpool yang tidak dibolosi.

Namun ia tidak bermakna Adrian lari dari momen aneh apabila beliau dilihat seperti cuba merempuh/tackle pemain pertahanan sendiri.

Pada ketika itu Gomez sedang mempertahankan bola daripada David Neres supaya ia boleh didakap oleh Adrian dengan mudah dan selamat.

Sebaliknya, penjaga gol itu sekadar menyepak bola keluar dari kotak penalti dan melakukan rempuhan terhadap Gomez.

Ia bukanlah rempuhan yang keras kerana mana-mana penjaga gol melakukan rempuhan keras akan menyebabkan pasukan dihukum dengan sepakan penalti.

Dalam situasi tersebut Adrian seolah-olah melihat Gomez seperti pemain lawan. Reaksi bek tengah itu selepas dirempuh/tackle oleh Adrian cukup untuk menjelaskannya.

Pemain pertahanan England itu dilihat memberikan reaksi tidak puas hati kerana ketidakpekaan Adrian dalam situasi tersebut.

Gomez adalah pemain penting buat Liverpool pada musim ini selepas kecederaan yang menimpa Virgil van Dijk akibat rempuhan kasar Jordan Pickford.

Van Dijk berkemungkinan besar akan berehat sehingga 8 bulan atau lebih bergantung kepada tahap kecederaan ACL yang dialaminya.

Ini bermakna Klopp akan lebih kerap menggandingkan Gomez yang kini berusia 23 tahun dengan Joel Matip walaupun dalam perlawanan ini beliau digandingkan dengan Fabinho.

Selepas disingkirkan oleh Atletico Madrid seawal pusingan kedua pada musim lalu, Liverpool semestinya mahu mara lebih jauh dalam pertandingan UEFA Champions League pada musim ini.

Kecederaan pemain utama seperti apa yang berlaku kepada Alisson dan kini Van Dijk adalah situasi yang perlu dielakkan.

Mungkinkah Klopp perlu memberi satu dua kata kepada Adrian untuk lebih berhati-hati dalam perlawanan mendatang?

 

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.