blank

Video: 17 Minit Aksi Thiago Bertemu Newcastle Cukup Untuk Buktikan Kehebatan Beliau

blank

Rangkuman aksi 17 minit Thiago Alcantara ketika bertemu Newcastle United awal pagi, tadi telah tular dan ia jelas menunjukkan bertapa besar kehilangan Liverpool semasa ketiadaanya.

Thiago sudah lama tidak diturunkan bersama the reds sejak mengalami kecederaan lutut ketika seri 2-2 bertemu Everton pada 17 Oktober lalu.

Namun, beliau akhirnya membuat kemunculan semula ketika aksi di St James Park awal pagi tadi dalam pertemuan Liverpool bertemu Newcastle United.

Bekas pemain Bayern Munich itu dimasukkan pada minit ke-73 permainan menggantikan James Milner.

Tular satu video rangkuman aksi dari Thiago dalam perlawanan tersebut, yang mana mempamerkan beberapa sentuhan mengagumkan darinya serta memperlihatkan kualiti hantaran yang beliau miliki.

Sentuhan Thiago jelas sangat mengagumkan dan tiada pemain midfield Liverpool yang lain mampu untuk beraksi sepertinya.

Liverpool gagal untuk mendapatkan tiga mata penuh dalam perlawanan ini, namun, ketika pemain kebangsaan Sepanyol itu berada dalam padang, permainan the reds jelas sangat berbeza.

Para peminat turut memberi reaksi terhadap video tersebut dan mereka sangat gembira melihat pemain berusia 29 tahun itu kembali beraksi bersama kelab.

Keputusan seri itu menjadikan Liverpool kini gagal untuk menewaskan kesemua empat pasukan yang berada di enam kedudukan terbawah dalam carta liga.

Sepanjang kempen pada musim ini juga, Liverpool sudah mencatatkan enam keputusan seri, satu kekalahan dan sembilan kemenangan.

Pengurus pasukan, Jurgen Klopp jelas kebingungan dan kecewa di tepi padang selepas melihat Mohamed Salah dan Roberto Firmino terlepas peluang keemasan.

Penjaga gol Newcastle United, Karl Darlow pula beraksi dengan sangat cemerlang dalam perlawanan ini dengan melakukan beberapa aksi penyelamatan yang sungguh mengagumkan.

Liverpool masih kekal sebagai pendahulu saingan liga, namun mereka hanya tiga mata sahaja dipisahkan dari pencabar terdekatnya, Manchester United.

Manchester United juga mempunyai kelebihan satu perlawanan yang belum dimainkan, dan andai mereka memenangi perlawanan tersebut, maka kutipan mata adalah sama.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.