Victor Lindelof dilaporkan telah menjadi wira penyelamat apabila beliau dikatakan menyelamatkan seorang wanita tua yang telah dirompak bag tangannya.
Pihak polis Sweden mengesahkan bahawa pertahanan Manchester United itu mengejar perompak yang melarikan diri menggunakan basikal itu.
Barisan pertahanan setan merah merupakan yang ketiga terbaik dalam saingan premier league musim ini.
Victor Lindelof stopped a thief from stealing an elderly woman's bag in Sweden today and held him until police arrived, reports @Aftonbladet pic.twitter.com/YwGPrESp9T
— B/R Football (@brfootball) August 24, 2020
Dengan adanya Victor Lindelof dan Luke Shaw, barisan pertahanan setan merah telah diperkuatkan lagi dengan kehadiran Harry Maguire dan Aaron Wan Bissaka.
Empat pemain tersebut mengawal tembok pertahanan setan merah dengan cukup baik dan dibantu pula penjaga gol terhebat premier league David de Gea sebagai tembok terakhir pasukan.
Victor Lindelof juga menjadi antara pemain terpenting untuk setan merah sepanjang musim ini dan beliau juga merupakan nadi dalam sistem pertahanan Ole Gunnar Solskjaer.
Lindelof musim ini merupakan satu-satunya pemain yang tidak pernah digelecek di pentas saingan premier league.
Aksi hehatnya di padang diteruskan di luar padang apabila beliau berjaya menghalang seorang perompak yang cuba merompak bag tangan seorang wanita tua di Sweden.
🇸🇪 ❌ Victor Lindelof was the only Premier League CB not to be dribbled past this season. An incredible stat.
The Iceman.@vlindelof | @TheUnitedLink pic.twitter.com/uRMNbUbMGI
— thesportsman (@TheSportsman) July 30, 2020
Pada hari Isnin lalu Lindelof berada di Vasteras, Sweden. Beliau terlihat seorang wanita tua telah dirompak oleh seorang lelaki yang menaiki basikal.
Beliau mengejar lelaki tersebut dan menahan perompak itu serta mengawal perompak itu sehingga pihak polis tiba untuk menguruskan perompak tersebut.
Isteri Lindelof, Maja, menjadi saksi kejadian yang berlaku pada jam 10.40 pagi itu dah melihat sendiri suaminya menyelamatkan wanita tua tersebut.
Victor Lindelof stopped a thief from stealing an elderly woman's bag in Sweden today and held him until police arrived, reports @Aftonbladet pic.twitter.com/YwGPrESp9T
— B/R Football (@brfootball) August 24, 2020
“Pihak polis mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kerana keberanian dan kehebatan Lindelof menahan penjenayah tersebut.”
Jelas salah seorang pihak polis dari Vasteras, Sweden.
Manchester United sendiri turut memberi komen tentang situasi tersebut dengan menyatakan:
So another run in with the Police, according to Sport Bladet, Victor Lindelof has chased after a thief and held him down until the police arrived 😳
Why have we turned into the crime fighting Reds all of a sudden? 😂🇾🇪 #MUFC pic.twitter.com/gGfBuO8VeI
— Stretford Paddock (@StretfordPaddck) August 24, 2020
“Victor berasa tindakan yang beliau lakukan adalah untuk memastikan agar setiap orang akan lakukan hal yang sama seperti apa yang beliau lakukan.”