Victor Lindelof Jadi Wira Selepas Maki Bruno

Pemain pertahanan Manchester United, Victor Lindelof sebelum ini dikritik penganalisis bola sepak dan sebahagian penyokong kerana memaki Bruno Fernandes.

Pemain pertahanan dari Sweden itu dipersalahkan dan dikatakan sebagai punca kepada gol kemenangan Sevilla di separuh akhir Europa League sebelum ini.

Namun kini nama Victor Lindelof disanjung sebagai wira apabila pihak polis mengesahkan pemain pertahanan Manchester United itu sebagai individu yang bertanggungjawab menyelamatkan seorang wanita warga emas daripada menjadi mangsa ragut.

Lindelof dikatakan mengejar peragut tersebut yang berbasikal hanya dengan berlari.

Ketika kejadian Lindelof dikatakan sedang bersiar-siar di Vasteras, sebuah bandar di Sweden. Secara tiba-tiba seorang nenek berusia 90 tahun menjadi mangsa ragut oleh seorang individu berbasikal.

Tanpa berlengah, Lindelof mengejar peragut tersebut sebelum menahan pesalah tersebut selama lima minit sehingga polis tiba.

Kejadian turut disaksikan oleh isteri Lindelof, Maja, yang bersama suaminya ketika kejadian.

“Pihak polis mahu mengambil kesempatan ini untuk beterima kasih kepada saksi kejadian yang bertindak pantas untuk mengelak kehilangan harta benda mangsa,” ujar Polis Vasteras.

Manchester United turut mengeluarkan satu kenyataan berkenaan kejadian tersebut:

“Victor hanya bertindak dan melakukan perkara yang sama semua orang lain lakukan pada situasi tersebut.”

Dalam perlawanan menentang Sevilla tempoh hari Bruno Fernandes nyata tidak berpuas hati dengan pemain pertahanan Setan Merah dan dirakam telah menjerit kepada Lindelof yang nyata tak berguna.

Vindelof yang tertekan itu tidak sekadar redha dan pasrah malah telah kembali membalas dengan memaki hamun Bruno Fernandes dengan panggilan Nokharom.

Tiga kali skuad Ole Gunnar Solskjaer kecundang diseparuh akhir musim ini, League Cup, FA Cup dan terkini Europa League. Sevilla dijangka bertemu Inter Milan di Final.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.