Ternyata masalah VAR ini bukan sahaja melanda England. Malah di Itali semalam, hatrik Lukaku telah dihancurkan oleh VAR kerana pengadilan yang sangat pelik.
Itali tidak terkecuali daripada kontroversi VAR meskipun mereka tampil sebagai antara liga terawal menggunakan VAR di dalam liga utama.
VAR terus menjadi subjek perdebatan hangat terutama sekali yang melibatkan pengadilan untuk situasi ofsaid.
Pundit bolasepak terkemuka di England iaitu Gary Lineker sebelum ini ada menyatakan, VAR akan memastikan kamu ofsaid jika mereka nak kamu ofsaid.
Lineker merujuk kepada beberapa insiden di mana ada garisan yang sengaja cuba di’adjust’ agar pemain yang dirasakan ofsaid kelihatan ofsaid.
Telah banyak insiden ofsaid pelik musim ini. Ada yang ofsaid kerana ketiak dan ibu kaki pun ada.
Dalam aksi Copa Italia di antara pasukan Inter Milan dan Cagliari, bekas pemain Manchester United iaitu Romelu Lukaku hanya mampu melihat satu gol beliau ditarik balik dengan kejamnya ole VAR.
Satu garisan ofsaid telah keluar daripada pertahanan lawan, namun malangnya satu garisan merah keluar menyatakan Romelu Lukaku ataupun dikenali dengan Big Rom, telah ofsaid kerana punggungnya terlebih daripada kaki pertahanan lawan.
Anda boleh lihat kedudukan Romelu Lukaku di sini:
OnLy In ThE pReMiEr LeAgUe 👀
Romelu Lukaku has just had this goal disallowed by VAR for offside 🤔#VAR #Lukaku pic.twitter.com/HHyM9tM6sm
— GiveMeSport Football (@GMS__Football) January 14, 2020
Jelas sekali ianya satu keputusan yang sukar untuk dijelaskan oleh kita semua. Ternyata Lukaku berada pada kedudukan onside ketika gol itu terhasil.
Ramai yang menganggap VAR adalah memalukan dan membunuh keseronokan bola sepak.
Lukaku has just had this goal ruled out for offside…
VAR is a disgrace! 😡😡#InterMilan pic.twitter.com/d7kILTNIx9
— TREQUARTISTA (@A55KIKR) January 14, 2020
Ini adalah pandangan jarak lebih dekat untuk insiden melibatkan Romelu Lukaku. Jelas sekali beliau berada pada kedudukan onside ketika menerima bola di dalam kawasan gol.
Lukaku menjaringkan 2 gol dalam perlawanan ini. Beliau membuka tirai jaringan seawal minit pertama perlawanan lagi.
Gol kedua Romelu Lukaku pula terhasil pada awal separuh masa kedua, 4 minit selepas perlawanan separuh masa kedua bersambung.
Inter Milan menang 4-1 dalam perlawanan ini. Pasukan pelawant mendapat jaringan sagu hati menerusi jaringan tunggal oleh Christian Oliva.
Inter Milan mara ke pusingan seterusnya dalam aksi Copa Italia 2019/20.
Lukaku terus cemerlang di Itali musim ini di bawah kendalian Antonio Conte. Beliau kini sudah menjaringkan 14 gol dan 2 assist daripada 19 perlawanan Serie A.
Ini telah menjadikan beliau penjaring kedua terbanyak dalam liga Itali ketika ini di belakang Ciro Immobile.
Lukaku menyertai Inter Milan dari Manchester United, selepas pemain itu meluahkan hasratnya untuk bermain di bawah kendalian Antonio Conte.
Inter Milan ketika ini masih bersaing dengan Juventus untuk kejuaraan Serie A. Antonio Conte sedang berusaha mendapatkan beberapa pemain lagi bagi menguatkan pasukan Inter Milan.
Ini agar mereka dapat memecahkan monopoli Juventus dalam pertandingan Serie A, dalam beberapa tahun kebelakangan ini.