Van Persie Bengang Ole Senyum Tak Kena Tempat Dan Rashford Sibuk Nak Tiru Ronaldo

Robin Van Persie menyekolahkan Ole Gunnar Solskjaer yang dilihat terlalu baik untuk menjadi pengurus kelab seperti Manchester United.

Beliau juga tidak gembira dengan apa yang beliau lihat pada Marcus Rashford pada ketika ini.

Van Persie melihat Ole masih mampu tersenyum dalam temuramah selepas perlawanan dan RvP tak menyukainya.

Manchester United tunduk 1-0 di tangan Arsenal dalam aksi di Emirates untuk saingan EPL.

“Saya lihat dia sedang tersenyum. Ini bukan masa untuk senyum,” tegas Van Persie.

Van Persie tahu Ole Gunnar Solskjaer memang seorang yang baik hati. Malangnya, itu tidak akan membantu beliau dalam pengurusan pasukan.

Van Persie meminta Ole untuk menjadi lebih bengis dan garang. Ini selepas Man United kalah lagi. Kali ini di tangan sebuah lagi bekas kelabnya, Arsenal.

Jelas sekali bekas penyerang kebangsaan Belanda itu kecewa dengan kelakuan Ole yang terlalu lemah lembut ketika bercakap dengan wartawan, dalam keadaan pasukannya telah kalah.

Bagi Van Persie, kumpulan pemain yang diuruskan oleh Ole ketika itu perlu diuruskan dengan cara lebih tegas.

“Saya melihat Ole, dan beliau memang kelihatan seperti seorang yang sangat baik hati.”

“Saya lebih suka melihat beliau lebih tegas dan lebih serius dalam beberapa ketika. Beliau senyum seperti itu selepas kalah perlawanan ini? Ini bukan masanya kau nak senyum.”

RvP juga menyatakan, ketika bermain, beliau tahu para pemain perlu untuk ada rasa gentar dan takut kepada jurulatih mereka.

“Sebagai pemain, kita perlu ada rasa takut dan gentar dengan jurulatih kita. Dan paling utama adalah memiliki perancangan taktikal,” jelas beliau lagi dalam ulasannya.

“Jika kamu ada semua perkara itu. Dan bila kamu gagal melakukan larian, kamu tidak menghantar bola, kamu akan dihukum dan tidak bermain pada perlawanan seterusnya.”

Seterusnya, Robin Van Persie mengakui beliau ada mendengar perbandingan yang dibuat tentang Rashford dan Ronaldo. Malah pemain itu sendiri sebelum ini membandingkan dirinya dengan Ronaldo.

Robin Van Persie tidak gembira dengan perkara itu. Beliau menasihatkan Rashford jangan nak gatal gatal mahu menjadi Ronaldo.

Bagi RvP, cukuplah Marcus Rashford belajar daripada mereka yang terbaik. Bukannya cuba menjadi mereka / orang lain.

“Saya sudah banyak melihat, ramai pemain yang mahu menjadi orang lain. Dan itu tidak akan berjaya.”

“Jika kamu nak belajar daripada mereka tidak mengapa. Tetapi jangan sesekali nak meniru atau cuba menjadi orang lain.”

Manchester United kini masih berada 4 mata di belakang Chelsea di tangga keempat.

United gagal menggunakan peluang yang ada untuk merapatkan jurang mata dengan The Blues yang turut keciciran mata, seri dengan Brighton.

Adakah selepas ini Ole akan menjadi bengis? Mungkin bukan sesuatu yang kita boleh bayangkan bukan?

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.