Van Persie Akhirnya Sedar Arsenal Hanyalah Pasukan Baby Di Mata United

Bekas pemain Manchester United, Patrice Evra menganggap Arsenal hanyalah pasukan baby dan lubuk mata terutama sekali untuk Manchester United.

Evra menjadi pundit untuk aksi Arsenal dan Sheffield United di mana Arsenal tewas di tangan pasukan baru naik liga.

Jaringan tunggal kemenangan oleh Lys Mousset pada separuh masa pertama memberikan kemenangan kepada Sheffield.

Menurut Evra setiap kali beliau turun berhadapan dengan Arsenal dahulu, beliau tahu itu adalah hari mereka akan mendapat 3 mata.

Evra berkata kepada Sky Sports: “Dulu masa saya masih bermain, setiap kali menentang Arsenal, saya tahu kami akan menang perlawanan itu.”

Evra kemudian menggelar Arsenal sebagai hanya pasukan baby (bayi) yang lemah dan senang dipermainkan.

Beliau juga mendedahkan ketika Robin Van Persie menyertai Man United, beliau mengalu-alukan kedatangan RVP ke kelab lelaki sebenar.

Van Persie awalnya pelik dengan kenyataan itu, namun selepas beberapa bulan, barulah RVP sedar bahawa itu adalah hakikat bukan sekadar satu jenaka.

“Saya tak terkejut dengan keputusan hari ini (Arsenal kalah di tangan Sheffield). Saya panggil Arsenal ni ‘baby’ (bayi) 10 tahun yang lalu. Dan mereka masih lagi tahap ‘baby’ pada hari ini. Tidak berubah langsung.”

“Ketika Robin Van Persie datang ke Old Trafford, saya mengucapkan selamat datang kepadanya dengan berkata, Selamat datang ke pasukan lelaki sebenar.”

“Hanya selepas sebulan di Manchester United, beliau akhirnya sedar bahawa saya adalah betul (tentang beza Manchester United dan Arsenal).”

Evra menyatakan, penyokong Arsenal ketika ini berada dalam tekanan melihat apa yang berlaku di dalam pasukan mereka.

Unai Emery tidak memberikan perubahan kepada Arsenal sejak bersama pasukan itu. Arsenal masih gagal ke UCL sejak Unai Emery mengambil alih.

Lebih pedih, menurut Evra lagi, para penyokong Arsenal terpaksa melihat pasukan mereka berkaptenkan Granit Xhaka pada hari itu.

Evra melabel Xhaka bukan kapten yang bagus. Dan beberapa perlawanan selepas itu, Xhaka dilucutkan jawatan kapten kerana bergaduh dengan penyokong sendiri.

“Pada pandangan saya, Arsenal masih tiada perubahan di bawah Unai Emery. Mesti penyokong Arsenal tengah bengang melihat Xhaka menjadi kapten mereka. Beliau bukan kapten yang bagus sekalipun.”

Unai Emery bengang dengan kekalahan di tangan Sheffield yang menurutnya tidak selayaknya diterima Arsenal.

Emery juga menyalahkan pengadil dan VAR yang tidak memberikan mereka penalti.

Selepas diambil alih Arteta, Arsenal ternyata menjadi pasukan lebih berketerampilan. Mereka masih belum kalah dalam aksi liga sepanjang tahun 2020.

Lebih manis apabila Arsenal meraikan acara tahunan mereka iaitu meraikan kegagalan pasukan lain meraih invincibles, di mana Liverpool dirembat Watford.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.