Semalam Virgil Van Dijk telah tewas dalam perebutan Ballon d’Or dan beliau memberikan komen berbentuk gurauan kepada Ronaldo yang tak hadir.
Wartawan bertanya kepada Van Dijk, komen beliau tentang seorang lagi pesaing yang tidak datang iaitu Cristiano Ronaldo.
Ronaldo tidak hadir ke majlis Ballon d’Or kerana beliau menghadiri malam gala Anugerah Serie A di Milan.
Ronaldo menang Pemain Terbaik Serie A untuk musim 2018/19.
Menjawab soalan wartawan tentang ketidakhadiran Ronaldo, Van Dijk berkata: “Adakah Ronaldo itu pesaing?”
Seorang peminat Arsenal yang paling dikenali iaitu Piers Morgan telah mengambil kenyataan sekerat itu dan mengutuk Van Dijk dengan komen:
“Tak, Cristiano Ronaldo adalah pemain yang jauh lagi hebat, dan kamu bukan berada pada tahap dia.”
Hi Piers, If you don’t jump on the social media bandwagon and would listen to the whole interview then you would know I made a joke, and only got respect for those 2 😀
— Virgil van Dijk (@VirgilvDijk) December 2, 2019
Kenyataan Piers Morgan itu terus dibalas oleh Van Dijk yang menyatakan beliau hanya bergurau dan menyarankan Piers Morgan menonton penuh temuramah itu berbanding dengan hanya memetik kenyataan sekerat.
“Hai Piers, kalaulah kamu tidak cepat melatah dengan perkara sensasi media sosial, dan kamu harus mendengar temuramah itu secara keseluruhan, barulah kamu tahu yang saya hanya bergurau.”
“Saya hanya ada rasa hormat kepada 2 pemain tersebut.”
Berbalik kepada komen tentang Ronaldo. Van Dijk sebenarnya menyatakan, adakah benar Ronaldo dikira bersaing dengan beliau? Van Dijk jelas sekali menganggap ia sebagai label yang keterlaluan, kerana Ronaldo pemain yang hebat, berbanding dengan beliau.
Van Dijk kemudian menyatakan perseteruan di antara Messi dan Ronaldo sebagai luar biasa.
Van Dijk berkata: “Tahun yang hebat untuk saya, namun ada 2 pemain yang pada pandangan saya bukan pemain biasa.”
van Dijk brands Ballon d'Or rivals Messi and Ronaldo 'unnatural'https://t.co/EJOqCdb5ZI pic.twitter.com/yqH6oQPkIC
— Mirror Football (@MirrorFootball) December 2, 2019
“Jadi anda juga harus menghargai keagungan mereka.”
“Saya hampir menang malam ini namun ada orang lain yang lebih baik. Saya bangga dengan pencapaian saya bersama Liverpool dan Belanda. Harapan saya, agar kami mengulangi musim cemerlang itu sekali lagi.”
🗣️ — Van Dijk: "I had a great season, but sometimes you come up against players like him [Messi], who are a bit unnatural. Six Ballon d'Ors, you gotta respect greatness." pic.twitter.com/zPELP64SSl
— Barça Universal (@BarcaUniversal) December 2, 2019
“Namun ianya sangat sukar, dengan pemain-pemain yang hebat, yang berada di sini, masih lagi beraksi di atas padang.”
Bukan perkara yang biasa melihat Piers Morgan mempertahankan Ronaldo. Kerana dahulu beliau pernah melabel Ronaldo sebagai glory hunter.
Namun selepas temuramah khas dengan Cristiano Ronaldo, beliau terus menjadi peminat kepada Cristiano Ronaldo.
Jenaka Van Dijk itu bukan sahaja membuatkan Piers Morgan melatah, malah adik Ronaldo juga menulis panjang lebar di media sosial tidak berpuas hati.
https://twitter.com/LeooMessi10i/status/1201644432069713922
Nampaknya, adik Ronaldo pun tidak menonton habis temu ramah orang memuji abangnya.