Laman web, rekod perpindahan pemain transfermkt, telah menyenaraikan 10 pertahanan dengan nilai tertinggi.
Nilai tersebut adalah mengambil mengambil kira beberapa aspek, termasuk potensi, kontrak semasa, prestasi, dan sebagainya.
Virgil Van Dijk kini menjadi pemain pertahanan paling bernilai menurut lama Transfrmkt.
Van Dijk yang dibeli oleh Liverpool dengan harga €83 juta telah meningkat kepada €100 juta pada pasaran hari ini.
Van Dijk memenangi Anugerah Pemain Terbaik PFA 2018/19 dan Pemain Terbaik UEFA 2019.
Di tempat kedua adalah seorang lagi pertahanan Liverpool iaitu Trent Alexander-Arnold yang memiliki nilai €80 juta berdasarkan umur dan potensi beliau.
Musim lalu, Trent Alexander-Arnold menjadi pertahanan yang paling banyak assist.
Di tempat ke-3 ialah bintang Manchester City, Aymeric Laporte, dengan nilai €75 juta. Manchester City membeli beliau dengan harga €64 juta sebelum ini.
Laporte baru baru ini dipanggil oleh Perancis untuk mewakili negara tersebut. Malangnya beliau mengalami kecederaan.
Harry Maguire diletakkan di tangga ke-4 dengan nilai €70 juta. Manchester United membayar sekitar €89 juta untuk pemain tersebut dalam perpindahan yang lalu, menjadikan beliau pemain pertahanan termahal sepanjang zaman.
Andy Robertson melengkapkan senarai 5 teratas dengan nilai €60 juta. Pemain yang dibeli Liverpool dengan nilai €9 juta.
Berikut adalah senarai penuh 10 pemain paling bernilai berdasarkan transfrmkt.