Pemain pertahanan terbaik dunia, Virgil van Dijk memuji langkah Donny Van de Beek yang berhijrah menyertai Manchester United sambil menganggap ia sebagai langkah yang tepat.
Pemain tengah berusia 23 tahun itu dilaporkan telah melengkapkan ujian kecergasan di Belanda untuk melengkapkan perpindahan bernilai £40 juta ke Old Trafford.
Perpindahan tersebut menjadikan Van de Beek sebagai pemain pertama yang dibawa masuk oleh Ole Gunnar Solksjaer pada jendela perpindahan musim panas ini.
Walaupun menyertai seteru utama Liverpool, Van Dijk tetap gembira dengan perpindahan rakan senegaranya itu yang dianggap telah menyertai salah sebuah kelab terbaik di dunia – dan sudah tentu paling power di England!
"It is wonderful for him to move to a great club" 🇳🇱
Liverpool and Netherlands skipper Virgil van Dijk is pleased to see compatriot Donny van de Beek joining him in the PL with Man Utd
— Sky Sports Premier League (@SkySportsPL) September 1, 2020
“Adakah saya memujuk beliau untuk tidak menyertai Man United? Tidak.
“Saya mengucapkan selamat maju jaya dari lubuk hati terdalam,” kata pemain pertahanan itu kepada De Telegraaf.
“Ia perkembangan yang bagus untuk dirinya, dan juga untuk kebaikkan pasukan kebangsaan Belanda.
“Ia [Man United] adalah kelab yang hebat untuk Donny. Begitu juga dengan Nathan Ake [yang menyertai Man City].
Van de Beek adalah salah seorang pemain yang disenaraikan untuk tugasan antarabangsa bersama Belanda berhadapan Poland dan Italy.
Namun demikian pemain itu diberikan masa untuk melengkapkan pemeriksaa kesihatan untuk melengkapkan perpindahan ke Premier League sebelum melapor diri.
Van Dijk: "If I tried to change his mind? No. I wish Donny the best. It's great for Dutch football, for the Dutch national team and yet another great club for another Dutch player after Nathan [Ake] who went to City."#MUFC #vandebeek #ajax pic.twitter.com/V6DFSwxMMM
— Manchester united (@United____fans1) August 31, 2020
Van de Beek dijangka akan menerima bayaran yang jauh lebih lumayan bersama United berbanding gaji £30,000 yang diterimanya bersama Ajax.
Ayah beliau, Andre Van de Beek menganggap perpindahan tersebut seperti ‘impian yang menjadi kenyataan’.
“Ini adalah satu mimpi yang menjadi kenyataan. Ia adalah waktu yang tepat untuk membuat keputusan menyertai sebuh kelab yang hebat. Ada banyak kelab yang berminat, tetapi Donny memuktamadkan keputusan ini sendiri.”
Andre mengakui telefonnya tidak berhenti berdering sejak berita anaknya itu menyertai juara Liga Inggeris sebanyak 20 kali itu diketahui ramai.