Van De Beek Mengucapkan Selamat Tinggal Kepada Ajax Untuk Bersama Setan Merah

Donny Van De Beek dengan tiba-tiba mengucapkan selamat tinggal kepada rakan sepasukannya di Ajax dan menyatakan bahawa beliau akan menyertai Manchester United.

Donny Van De Beek dilaporkan akan menyertai Manchester United dengan nilai perpindahan bernilai €40 juta.

Melihat Manchester City, Chelsea dan Tottenham Hotspur kini sedang aktif dalam jendela perpindahan, Manchester United juga tidak terlepas mahu menandatangani beberapa pemain pada jendela perpindahan pemain musim panas ini.

Sebelum ini setan merah sering dikaitkan dengan bintang Borussia Dortmund, Jadon Sancho yang bakal sertai mereka pada musim panas ini.

Tetapi urusan perpindahan melibatkan pemain muda England itu masih belum dimuktamadkan oleh kedua-dua pihak dan kini setan merah sudah mula mengintai beberapa pemain lain untuk ditandatangani.

Donny Van De Beek antara salah seorang sasaran yang mahu ditandatangani oleh setan merah pada jendela perpindahan musim panas nanti.

Pemain midfield berusia 23 tahun dari Ajax itu telah mempamerkan aksi sungguh mengagumkan dan beliau kini sedang diburu oleh beberapa kelab gergasi Eropah yang lain.

Aksi hebatnya berjaya menarik minat dari Ole Gunnar Solskjaer dan beliau sememangnya sudah ada dalam perancangan untuk skuad United musim depan.

Van De Beek turut dikaitkan dengan perpindahan ke Barcelona, namun kerana tiada tawaran yang dilakukan oleh gergasi Catalan itu, Setan merah masih mendahului perebutan untuk mendapatkan khidmatnya.

Terdapat juga laporan yang menyatakan bahawa Van De Beek tidak turun untuk beraksi dalam perlawanan persahabatan melibatkan Ajax menentang Eintracht Frankfurt pada 30 Ogos lalu.

Ianya membuktikan bahawa pemain itu sudah hampir pasti untuk meninggalkan Ajax musim panas ini dan hanya menanti setan merah untuk menamatkan rundingan bagi menandatanganinya.

Menurut sumber laporan dari syarikat penerbitan Sepanyol,SPORT, Van De Beek sudah mengucapkan selamat tinggal kepada rakan sepasukan beliau.

Van De Beek turut menyatakan bahawa beliau akan meninggalkan kelab dan bakal menyertai setan merah minggu hadapan.

Setan merah turut menyatakan minat mereka untuk mendapatkan bintang Bayern Munich, Thiago Alcantara.

Setan merah bersedia untuk memintas Liverpool dari menandatangani pemenang liga Juara-juara bersama Bayern Munich itu.

Liverpool merupakan pasukan pilihan untuk mendapatkan beliau, namun sehingga kini the reds masih tidak memuktamadkan perjanjian kerana tidak mahu mengeluarkan dana lebih besar.

Liverpool mahu menandatangani Thiago Alcantara dengan nilai £20 juta namun, Bayern meminta £30 juta untuk melepaskan pemain itu.

Nilai £30 juta bukanlah masalah untuk setan merah dan mereka bersedia untuk membayar nilai tersebut kepada Bayern dan menandatangani Thiago untuk memantapkan barisan tengah skuad mereka.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.