Para peminat Manchester United sedikit bingung memikirkan mengapa Donny Van De Beek tidak diturunkan sebagai kesebelasan utama ketika menentang Newcastle semalam.
Namun, sebenarnya pemain midfield setan merah itu sendiri lebih bingung ketika beliau hendak dimasukkan dalam padang sebagai pemain gantian.
Namun bingungnya beliau bukanlah kerana memikirkan mengapa dirinya tidak disenaraikan dalam kesebelasan utama skuad, namun ada kejadian lain yang membuatkan dirinya nampak bingung.
Man Utd ace Van de Beek confused as assistant ref hands him note while boss Solskjaer promises Dutchman more game time: DONNY VAN DE BEEK found himself in the middle of an awkward moment as he prepared to come on against Newcastle last… https://t.co/uJRa4V5En6 #PremierLeague pic.twitter.com/cG5nFtcx5e
— @easysoccernews (@EasySoccerNews) October 18, 2020
Van de Beek merupakan pemain pertama yang ditandatangani oleh United pada jendela perpindahan pemain musim panas baru-baru ini.
Beliau menyertai setan merah dari Ajax, namun beliau masih lagi belum diturunkan sebagai kesebelasan utama dalam saingan premier league.
Walau bagaimanapun, para peminat terlalu teruja untuk menyaksikan beliau beraksi dan menggesa Ole Gunnar Solskjaer agar menurunkan bintang Belanda itu sebagai kesebelasan utama.
Ketika bertemu Newcastle semalam, beliau masih lagi tidak diturunkan sebagai kesebelasan utama walaupun United beraksi tanpa Anthony Martial, Mason Greenwood dan Paul Pogba dalam kesebelasan utama.
Bekas bintang Ajax itu masuk pada babak kedua perlawanan dan ketika itu kedua-dua padukan sedang terikat dengan keputusan 1-1.
Donny van de Beek made three recoveries in just 14 minutes and completed 12/12 passes along with creating one chance and 1/1 take-on.
He is such an efficient footballer. pic.twitter.com/TYZnxZkXlb
— UtdArena (@utdarena) October 17, 2020
Kemasukkan Donny Van De Beek jelas memberi impak yang luar biasa dan United dilihat beraksi lebih kemas dan bertenaga berbanding sebelum beliau dimasukkan.
Walau bagaimanapun, sebelum beliau masuk, Van De Beek telah ditinggalkan penuh kebingungan dengan nota dari pengadil keempat perlawanan.
Ketika itu, pengadil tersebut memegang secebis kertas ditangannya dan meminta untuk Van De Beek tunggu, namun, pemain berusia 23 tahun itu menyangka bahawa kertas tersebut adalah untuknya.
Beliau yang kebingungan ketika itu menyangka bahawa kertas itu adalah nota dari pengurus untuknya.
Van de Beek masuk pada minit ke-75 perlawanan dengan setan merah ketika itu dilihat sukar untuk merencanakan serangan ke kubu Newcastle.
United sebelumnya semakin tertekan dengan Bruno Fernandes gagal untuk menyempurnakan sepakan penalti yang mereka terima pada minit ke-58 perlawanan.
Donny van de Beek completed 12/12 passes vs. Newcastle United.
Managed to inject tempo without losing the ball. 🇳🇱 pic.twitter.com/l09oCtvUJf
— Statman Dave (@StatmanDave) October 17, 2020
Dengan kemasukkan Donny Van De Beek, skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer dilihat semakin bertenaga dan terus menerus melancarkan serangan ke kubu Newcastle.
Mereka berjaya menjaringkan tiga gol selepas kemasukkan Donny Van De Beek dan jelas United lebih dominan dan menguasai sepenuhnya perlawanan ketika itu.
Bekas pemain midfield Ajax yang baru saja menjaringkan gol antarabangsa pertamanya pertengahan minggu lalu, telah memulakan gerakan yang sungguh bijak untuk gol kedua United.
Ketika Ole Gunnar Solskjaer ditanya adakah Van De Beek akan diberikan lebih banyak minit permainan selepas ini, beliau menjawab:
“Dia akan mendapat minit permainannya. Dia telah menjadi luar biasa hebat dalam skuad.”
“Saya rasa anda lihat hari ini dan dalam sesi latihan dia sangat kurus dan kecil, tapi saya fikir dia langsung tidak hilang bola walau sekali.”
“Ianya tentang mencari baki dalam pasukan. Kita memenangi perlawanan 4-1 hari ini dan kamu bertanya kenapa saya tidak menurunkan satu-satu pemain itu sebagai pemula.”
“Dia pastinya akan memberikan impak yang cukup bagus ke dalam pasukan.”
The @ManUtd football in question ⬇️
Featuring speed that would make @UsainBolt proud! ⚡️#MUFC https://t.co/1K3qUSQUdT pic.twitter.com/wMGIvV5mBx
— Manchester United (@ManUtd) October 18, 2020
Dengan kebolehan dan kemampuan yang beliau miliki, jelaslah mengapa beliau jadi keliru dengan nota tersebut ketika mula-mula hendak masuk padang, beliau pastinya jarang bermain sebagai pemain gantian dan lebih sering menjadi pemula.