Van De Beek Kecewa Dengan United Dan Enggan Ditemu Bual

Donny Van de Beek terus menjadi topik perbualan hangat selepas laporan terbaru menyatakan bahawa bekas bintang Ajax itu kecewa di Old Trafford dan sudah tidak mahu ditemu bual lagi.

Setan merah menandatangani pemain berusia 23 tahun itu dari Ajax pada musim panas lalu dengan yuran perpindahan bernilai £35 juta.

Walau bagaimanapun, Van De Beek sukar untuk mendapat tempat dalam kesebelasan utama United bawah kendalian Ole Gunnar Solskjaer, dan beliau kesal tidak mendapat minit permainan yang cukup untuknya.

Bekas pemain midfield Ajax itu perlu menunggu sehingga November untuk berpeluang beraksi sebagai kesebelasan utama dalam saingan premier league.

Media Belanda sudah menasihati Van De Beek supaya mengemas beg beliau seandainya diketepikan ketika pertemuan bertemu City kemarin.

Van de Beek dibawa masuk oleh Ole Gunnar Solskjaer dalam perlawanan tersebut, sayangnya beliau hanya dimasukkan pada minit ke-88 sahaja oleh pengurus.

Media Belanda, SoccerNews kini melaporkan bahawa Van de Beek sangat sedih dan kecewa dengan karier awalnya di Old Trafford.

Laporan tersebut turut menyebut bahawa pemain kebangsaan Belanda itu tidak mahu ditemu bual atas layanan yang beliau terima di sana.

Bekas bintang Ajax, Ronald de Boer turut mendesak rakan senegaranya itu untuk bertemu dengan pimpinan kelab dan membincangkan tentang peranan beliau di sana menjelang saingan Euro 2020 nanti.

Legenda Belanda berusia 50 tahun itu menjelaskan kepada AD:

“Euro 2020 sudah hampir tiba, dia pastinya mahu berada di sana. Mungkin akan lebih bagus kalau dia berbincang dengan pimpinan kelab tentang apa yang mereka mahukan dari dia.”

“Sekiranya waktu untuk beliau mendapatkan minit permainan tidak berubah, dia perlu jelaskan kepada kelab supaya meminjamkan dia atau jual saja.”

“Kamu harus sentiasa beruntung tidak kira sekarang atau selamanya. Sudah tentu, ia tidak nampak bagus sekarang, tapi dengan persembahan yang mantap semuanya boleh berubah.”

“Kita juga tidak tahu apa yang berlaku disebalik semua ini. Mungkin mereka ada membuat apa-apa perjanjian ketika urusan pembelian dia dulu, mungkin mereka mahu mempersiapkan dia untuk musim baru nanti.”

“Ia selalu menjadi teki teki tentang isu seperti ini.”

Legenda AC Milan, Alessandro Costacurta turut mencadangkan kepada United supaya mendapat Christian Ericksen dari Inter Milan dengan menawarkan pertukaran pemain melibatkan Donny Van De Beek.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.