Van De Beek Dedah Peranan Van Der Sar Bantu Perpindahan Ke Man Utd

Pemain yang baharu sahaja menyertai Manchester United, Donny Van de Beek berkongsi kisah peranan Edwin Van der Sar dalam perpindahan beliau dari Ajax ke Old Trafford.

Van de Beek menjadi pemain pertama yang dibawa masuk oleh Man United pada jendela perpindahan musim panas ini pada nilai £35 juta + £4 juta add-ons.

Van der Sar pada hari ini adalah Ketua Pegawai Eksekutif di Ajax, dan memainkan peranan penting sebagai pengantara diantara kedua-dua kelab.

Bercakap kepada laman sesawang Man United, Van de Beek mengimbas kembali aksi bekas penjaga gol itu bersama Man United, dan bagaimana Van der Sar memandang tinggi kelab seperti United.

“Ya, saya bercakap dengan [Van der Sar] dan beliau banyak bercerita mengenai pengalaman dan segalanya [mengenai Man United],” Van de Beek.

“Beliau bercerita betapa besarnya kelan ini dan gembira dengan pengalaman yang beliau raih di kelab ini.

“Benar, ia adalah sejarah yang panjang. Saya akui telah menyaksikan banyak perlawanan membabitkan Man United sebelum ini dan telah berjumpa dengan jurulatih [Ole Gunnar Solksjaer] dan pertemuan itu amat penting sekali.

“Kami berbicara hal bola sepak, mengenai kelab. Saya biasanya akan membuat keputusan berdasarkan perasaaan saya dan perasaan saya sangat baik mengenai segalanya. Ia [tawaran] adalah amat penting untuk saya.”

Van de Beek juga percaya beliau kini sedang berada di kemuncak prestasi untuk membantu kelab barunya itu, dan corak permainnya secocok dengan bahagian tengah skuad Solksjaer yang turut membariskan Paul Pogba dan Bruno Fernandes.

“Jika anda mengenali saya dan jenis pemain bagaimana saya ini, corak permainan dan segalanya, maka saya berpendapat saya mempunyai ciri kombinasi yang sesuai dengan kelab ini, dan pemain yang ada di sini,” sambung pemain antarabangsa Belanda itu lagi.

“Jika anda melihat pemain yang ada di kelab ini, pemain muda mereka berada pada usia sebaya saya, dan saya sudah tidak sabar beraksi bersama mereka.

“Saya adalah pemain tengah yang suka berlari ke arah kotak – membuat larian, menjaringkan gol dan assists.

“Kebanyakkan perlawanan saya akan berlari dengan banyak, ini antara kelebihan yang saya ada, selain daripada kemampuan menembusi bahagian kotak penalti lawan.”

Skuad The Red Devils sepatutnya memulakan kempen Liga Perdana Inggeris menentang Burnley pada minggu hadapan namun diberikan tempoh rehat yang lebih kerana pembabitan mereka di pertandingan Europa League sebelum ini.

 

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.