Valverde Dipecat Barcelona Digantikan Setien

Barcelona mengesahkan bahawa mereka telah memecat Ernesto Valverde. Ianya gara-gara pasukan Barcelona tersingkir daripada separuh akhir Piala Super Sepanyol.

Presiden Barcelona, Josep Maria Bartomeu mengadakan pertemuan dengan Valverde. Dan beberapa jam selepas itu Barcelona mengumumkan pemecatan jurulatih tersebut.

Barcelona mengucapkan terima kasih dan selamat maju jaya kepada Ernesto Valverde.

Barcelona dalam kenyataan rasminya berkata: “Barcelona dan Ernesto Valverde telah mencapai kesepakatan untuk menamatkan kontrak ikatan antara kedua-dua pihak.”

“Kelab ini mengucapkan terima kasih kepada Ernesto Valverde atas profesionalisme, komitmen, dedikasi dan usaha beliau menjaga kelab ini dengan semangat yang positif termasuk usaha yang dilakukan beliau dalam membentuk keluarga Barca.”

“Kami mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau, dan semoga terus berjaya pada masa yang akan datang.”

“Sepanjang bersama Barca, Valverde melalui 163 perlawanan sebagai jurulatih. Ernesto Valverde memenangi 108 (66.25%), 35 seri (21.47%) dan 20 kekalahan (12.26%).”

“Beliau juga telah berjaya membantu kelab ini memenangi empat trofi sebagai jurulatih, iaitu dua gelaran La Liga, satu Copa del Rey dan satu Piala Super Sepanyol.”

“Beliau memulakan karier sebagai jurulatih Barcelona bermula pada musim panas 2017, mengambil alih jawatan ini selepas empat musim dengan Athletic Club de Bilbao.”

“Selepas tewas kepada Real Madrid dalam Piala Super Sepanyol dalam penampilan sulungnya sebagai pengurus, beliau mengakhiri musim pertama sebagai juara liga dan juga dua kejuaraan piala , mengalahkan Sevilla di final Copa del Rey di Wanda Metropolitano.”

“Namun di dalam kempen Liga Juara-Juara, Barca kalah kepada Roma pada peringkat suku akhir.”

“Musim kedua di FC Barcelona bermula dengan kemenangan dalam Piala Super Sepanyol menentang Sevilla di Tangier, Maghribi.”

“Barcelona berjaya mempertahankan gelaran liga ketika aksi berhadapan Levante.”

“Namun pada akhir musim kempen itu telah berakhir kekecewaan dengan kekalahan Barca di separuh akhir Liga Juara-Juara menentang Liverpool, serta kekalahan di final Copa del Rey menentang Valencia.”

“Pada 2019/20 Barca mengakhiri separuh masa pertama kempen itu sebagai pendahulu liga, dengan pungutannya mata yang sama dengan Real Madrid. Barca juga sah melayakkan diri ke peringkat 16 pasukan akhir Liga Juara-Juara.”

“Minggu lalu, pasukan Barcelona tersingkir daripada Piala Super Sepanyol, di separuh akhir menentang Atlético.”

Ernesto Valverde yang dipecat akan digantikan dengan bekas pengurus Real Betis iaitu Quique Setien.

https://twitter.com/FutbolBible/status/1216816710914920448?s=19

Setien dianggap calon terbaik pada ketika ini untuk menggalas tugas sebagai jurulatih Barcelona. ini kerana beliau dikatakan memiliki falsafah taktikal ala Johan Cruyff.

Berbeza dengan taktikal Valverde yang dianggap sebagai bosan.

Namun bila kau sini sedar bahawa penanda aras di Barcelona sangat tinggi. Selepas ini Barcelona dalam misi untuk mempertahankan kejuaraan Liga dan juga cuba memburu kejuaraan Liga Juara Juara Eropah.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.