US Open: Djokovic Dibatalkan Penyertaan Selepas Memukul Bola Ke Arah Leher Penjaga Garisan

Novak Djokovic ecara automatik disingkirkan dari kejohanan Terbuka US selepas insiden bola yang dipukul oleh pemain itu terkena leher salah seorang penjaga garisan.

Insiden malang itu berlaku pada pusingan keempat Terbuka IS menentang Pablo Carreno Busta dari Sepanyol. Sedang ketinggalan 6-5 di set pertama, Djokovic memukul bola ke arah belakang gelanggang selepas servis yang dilakukannya dipatahkan oleh lawan.

Bola tersebut kemudian menuju ke arah leher penjaga garisan bertugas, menyebabkan penjaga garisan itu rebah di tepi gelanggang sambil menahan leher kerana kesakitan.

Menurut buku peraturan Grand Slam, Djokovic dipersalahkan kerana “dengan sengaja memukul bola secara membuta tuli dari dalam gelanggang tanpa mengambil tahu akan akibat yang mungkin berlaku.”

“Keseluruhan situasi membuatkan saya rasa sedih dan kosong,” ujar Djokovic di Instagram tiga jam kemudian.

“Saya segera melihat keadaan penjaga garisan dan pihak penganjur memaklumkan saya [mengenai penyingkiran]. Bersyukur kepada Tuhan dia ok. Saya benar-benar meminta maaf kerana menyebabkan dirinya berada di dalam keadaan itu. Ia tidak disengajakan. Ia juga amat salah dan tidak patut berlaku.

“Saya perlu mulai mencari kekuatan diri dan bangkit dari kekecewaan, dan biarkan semua insiden ini menjadi pengajaran untuk saya membangun sebagai pemain dan juga sebagai individu.”

View this post on Instagram

This whole situation has left me really sad and empty. I checked on the lines person and the tournament told me that thank God she is feeling ok. I‘m extremely sorry to have caused her such stress. So unintended. So wrong. I’m not disclosing her name to respect her privacy. As for the disqualification, I need to go back within and work on my disappointment and turn this all into a lesson for my growth and evolution as a player and human being. I apologize to the @usopen tournament and everyone associated for my behavior. I’m very grateful to my team and family for being my rock support, and my fans for always being there with me. Thank you and I’m so sorry. Cela ova situacija me čini zaista tužnim i praznim. Proverio sam kako se oseća linijski sudija, i prema informacijama koje sam dobio, oseća se dobro, hvala Bogu. Njeno ime ne mogu da otkrijem zbog očuvanja njene privatnosti. Jako mi je žao što sam joj naneo takav stres. Nije bilo namerno. Bilo je pogrešno. Želim da ovo neprijatno iskustvo, diskvalifikaciju sa turnira, pretvorim u važnu životnu lekciju, kako bih nastavio da rastem i razvijam se kao čovek, ali i teniser. Izvinjavam se organizatorima US Opena. Veoma sam zahvalan svom timu i porodici što mi pružaju snažnu podršku, kao i mojim navijačima jer su uvek uz mene. Hvala vam i žao mi je. Bio je ovo težak dan za sve.

A post shared by Novak Djokovic (@djokernole) on

Melalui rakaman video yang dipaparkan, Djokovic dilihat memukul bola keluar tanpa melihat ke arah mana ia pergi. Apabila menyedari arah bola tersebut, Djokovic kelihatan risau dan terkejut dan segera meluru ke arah penjaga garisan untuk memberikan bantuan.

Penjaga garisan memerlukan sekitar dua minit untuk kembali bangun sebelum berjalan kembali.

Selepas berbincang selama 11 minit dengan pegadil, Djokovic akhirnya redha disingkirkan akibat perbuatan yang beliau tidak sengajakan itu dan segera berjabat tangan dengan Pablo Carreno Busta sebelum melangkah pergi.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.