Penyerang baru Chelsea, Timo Werner menjaringkan gol pendahuluan Jerman sebelum Sepanyol berjaya mencuri satu mata melalui jaringan minit ke-95.
Werner menjelaskan mengapa The Blues perlu membayar £54 juta untuk khidmatnya, apabila gerakan solo mengelak beberapa pemain sebelum melepaskan rembatan deras yang menewaskan David de Gea.
Timo Werner’s goal tonight against Spain. pic.twitter.com/Ouohum4kvG
— ✈️ (@Arrizabalager) September 3, 2020
Penyerang yang baru didatangkan Leeds dengan nilai £26 juta, Rodrigo kemudian terlepas beberapa peluang keemasan untuk Sepanyol sebelum Jose Gaya menyamakan kedudukan pada masa kecederaan.
Pemain pertahanan Valencia itu menjaringkan gol dengan sepakan terakhir dalam perlawaman tersebut menjadikan perlawanan tersebut berakhir dengan penuh dramatik.
Jose Gaya’s first-ever Spain goal was a 95th-minute equaliser against Germany 😤 pic.twitter.com/otuYgFmabx
— B/R Football (@brfootball) September 3, 2020
Kedua-dua negara kembali beraksi buat kali pertama selepas berehat selama 10 bulan dan menjadi perlawanan pertama kendalian Luis Enrique sejak kembali ke pangkuan skuad La Roja.
Beberapa perkara positif boleh diambil oleh Enrique dari perlawanan ini, termasuk prestasi yang ditampilkan oleh bintang baharu Manchester City, Ferran Torres.
⭐️ @D_DeGea: Man of the Match – Germany 1-1 Spain
🧤 Seven saves from the Manchester United keeper ultimately earned Spain a point in Germany and a man of the match rating of 7.85
📊 Full stats and ratings – https://t.co/UgwRj8Jyap pic.twitter.com/ejNUFvpbEU
— WhoScored.com (@WhoScored) September 3, 2020
Pemain itu menampilkan aksi meyakinkan di sebelah sayap kanan sebelum digantikan oleh pemain berusia 17 tahun, Ansu Fati untuk penampilan pertama antarabangsanya.
Pejaga gol yang sering dikritik kerana prestasi tidak menentu, Davi de Gea turut menampilkan aksi mengkagumkan dengan aksi-aksi menyelamat yang beliau lakukan, termasuk menerbangkan diri menafikan percubaan Leroy Sane.
Ini adalah pertemuan pertama diantara kedua-dua gergasi bola sepak Sepanyol ini setelah kali terakhir bertemu di perlawanan akhir Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan.