Unity Shield merupakan perlawanan persahabatan tahunan antara pasukan Kedah dan Perak dan Unity Shield 2019 di mana Kedah menjadi tuan rumah merupakan edisi pertama pertandingan ini diadakan.
Perak turun dalam perlawanan Unity Shield 2020 yang memasuki edisi kedua bagi merebut kembali piala yang dirampas oleh pasukan jiran mereka, Kedah pada perlawanan tahun lalu.
Unity Shield 2019 menyaksikan Kedah menewaskan Perak 2-0 dan jaringan tersebut dijaringkan oleh Fernando Rodriguez dan Syahrul Azwari.
Pelawanan ini juga menjadi medan buat Mehmet Durakovic bagi menguji dan memberi peluang kepada pemain muda yang akan menjadi tonggak Perak bagi musim 2020.
Kemampuan Perak bagi musim 2020 ini agak misteri dan tidak diketahui ramai berbanding Kedah yang menyiapkan pasukan lebih awal untuk kelayakan ACL.
Kedah gagal untuk menempatkan diri ke peringkat kumpulan selepas tewas kepada pasukan Korea Selatan, Seoul FC dipusingan kelayakan.
Dengan kehadiran seramai 17,500 di stadium, Perak telah terangsang dengan dukungan penyokong lalu berjaya merampas kembali Unity Shield.
Shahrul Saad meletakkan Perak dihadapan dengan satu rembatan jarak dekat pada minit ke-4 yang berpunca daripada sepakan penjuru.
Aksi kelam kabut di depan gol menyaksikan bola yang cuba dikeluarkan pemain Kedah terkena palang dan jatuh di depan Shahrul Saad.
Pada minit ke-42, Shahrel Fikri menggandakan kedudukan melalui satu tolakan mudah selepas sedap menyempurnakan gerakan cantik Perak.
Kpah Sherman merapatkan kedudukan selepas menolak masuk bola muntah hasil rembatan Fayadh yang membuat gerakan solo.
Careca mematikan semangat kebangkitan Kedah dengan gol ketika Perak pada minit ke-77.
FT Perak 3-1 Kedah
Shahrul Saad 4′
Shahrel Fikri 42′
Kpah Sherman 68′
Careca 77′