Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer menyatakan bahawa pasukannya serba pincang dalam aksi menentang Liverpool.
Sebelum ini Ole menyatakan perlawanan ini akan menjadi perlawanan sempurna untuk United bangkit daripada kekalahan di tangan Newcastle.
Ole percaya rehat antarabangsa akan membuatkan pasukan mereka kembali fokus dan beberapa pemain akan cergas. Malangnya, David De Gea menambahkan lagi senarai kecederaan Man United.
Paul Pogba pula tidak sempat cergas untuk aksi menentang Liverpool.
Klopp enggan termakan dengan permainan perang saraf oleh Ole. Beliau berkata: “Bukankah 4 hari lepas beliau kata, tiada peluang untuk De Gea dan Pogba bermain. Dan hari ini beliau kata ‘mungkin boleh bermain’. Esok maksudnya 100% pemain seperti Martial akan kembali.”
“Ini semua taktik dalam permainan ini. Tiada masalah pun. Lagipun, saya dah cukup tua untuk menghadapi benda-benda macam ini. Kita semua dah cukup berpengalaman untuk menilai perkara seperti ini dengan sebaiknya.”
“Semakin kurang orang tahu akan kesebelasan utama kita, ia lebih baik. Itu satu kelebihan.”
“4 tahun saya dah di England. Saya masih pelik, kenapa anda semua (wartawan) susah nak ramalkan pemain itu cergas atau tak. Di Jerman, kita benarkan wartawan datang menyaksikan latihan, ini bermakna wartawan kena kerja keras sikitlah.”
“Jika pemain tu tak berlatih, maknanya, kamu tak boleh sembunyikan fakta. Ianya bukan macam ni: ‘mungkin dia boleh bermain, mungkin tidak’. Benda macam ni, semua orang pun boleh cakap.”
“Beliau boleh bermain, tetapi tidak terlibat dalam latihan dalam 5 hari berturut-turut, itu tidak akan berlaku.”
“Dekat sini ramai bercakap: ‘Oh kesebelasan utama dan keluar. Ingatkan dia patah kaki atau apa sahaja, dan kini dia kembali’. Ini bukan perang saraf, tetapi cuma persiapan biasa. Itu sahaja.”
Klopp tidak setuju dengan Sky Sports yang meletakkan kesebelasan gabungan kesemua pemain Liverpool. Menurut Klopp, perlawanan menentang Man United akan sentiasa sukar.
🔴 Manchester United 0
🔴 Liverpool 11 @Jesanchez3 picks his Man Utd v Liverpool combined XI…Hard to argue?
— Sky Sports Premier League (@SkySportsPL) October 16, 2019
“Ini bukan perlawanan mudah.”
“Dekat Sky, anda membuat kesebelasan gabungan dengan 11 pemain Liverpool. Semua itu satu jenaka. Ia seperti kamu sedang memasang perangkap dengan kulit pisang. Itu yang semua orang nak tengok.”
“Dunia ini sendiri ketika ini adalah sarkas, kita sekarang di tengah-tengah medan di mana, beberapa orang nak kita menang dan beberapa orang lagi nak kita kalah.”
Jürgen Klopp: "When you make a combined line-up and have 11 players of Liverpool – it's like a joke, like building a banana skin. The world at the moment is a circus and we are at the centre. I'm not influenced by it. I am 100% sure of the strength of Man United"#LFC #MUFC
— Melissa Reddy (@MelissaReddy_) October 18, 2019
“Saya tak akan terpengaruh dengan perkara seperti itu, jujurnya. Saya sentiasa waspada dengan kekuatan Manchester United 100%.”
Klopp menyatakan pasukannya sentiasa menghormati Man United kerana pasukan itu adalah pasukan yang ada kekuatan tersendiri. Beliau enggan pemainnya dipengaruhi emosi.
“United adalah pasukan yang sangat bagus. Mereka dalam situasi yang mereka tak suka ketika ini, dan mereka mahu mengubahnya.”
“Tugas kita, untuk memastikan perubahan itu berlaku minggu seterusnya. Itu sahaja.”
Mengulas tentang komen Ole bahawa Liverpool adalah lawan yang ‘sempurna’ untuk mereka bangkit. Klopp menjawab:
“Mereka katakan kami lawan yang sempurna untuk mereka bangkit. Saya tak rasa banyak pasukan suka melawan kita pada masa ini. Nampak gayanya hanya Man United yang suka lawan kita. Kita harus memastikan bahawa itu adalah satu salah faham.”
Klopp: "They (Manchester United) said that we are the perfect opponent. I don't think there are a lot of teams who would love to play us at the moment, it looks like Man United are the only team who does. We have to make sure that is a misunderstanding!" pic.twitter.com/snGhRzqncC
— The Redmen TV (@TheRedmenTV) October 18, 2019