United Lepaskan Enam Pemain Kecuali Lingard Untuk Dapatkan Sancho

Manchester United dilaporkan masih lagi dalam usaha untuk menandatangani Jadon Sancho dari Borussia Dortmund pada jendela perpindahan musim panas ini.

Kerana begitu terdesak untuk mendapatkan Sancho, setan merah sanggup untuk menjual sehingga enam orang pemain untuk menstabilkan kedudukan ekonomi kelab.

Tetapi dari kesemua pemain yang mahu dilepaskan oleh United, nama Jesse Lingard tidak disenaraikan walaupun pemain berusia 27 tahun itu sering diketepikan oleh Ole Gunnar Solskjaer.

Jesse Lingard tidak disenaraikan dalam skuad United ketika tewas kepada Palace dalam perlawanan pembukaan saingan liga musim ini.

Menurut sumber laporan dari beberapa media di England, Ole Gunnar Solskjaer sangat terdesak untuk menandatangani Alex Telles dan Jadon Sancho pada musim panas ini untuk menghadapi saingan liga musim ini.

Jadi siapa pemain yang bakal dilepaskan oleh setan merah untuk mendapatkan dua pemain yang sangat dikehendaki oleh pengurus mereka itu?

United perlu membayar £17 juta kepada Porto untuk mendapatkan Alex Telles dan £100 juta untuk menandatangani Jadon Sancho dari Borussia Dortmund.

Chris Smalling antara aset yang bakal dilepaskan selepas pemain berusia 30 tahun itu mempamerkan aksi sungguh mantap bersama Roma musim lalu.

AS Roma berminat untuk menandatangani pemain tersebut secara tetap dan setan merah meminta yuran perpindahan bernilai £18 juta.

Tiga lagi pemain pertahanan United seperti Phil Jones, Diogo Dalot dan Marcos Rojo juga antara yang akan dilepaskan.

Sementara itu kedudukan Dean Henderson sebagai pencabar De Gea juga dilihat sangat kuat dan sepertinya Sergio Romero bersedia untuk dilepaskan oleh kelab.

Pemain kebangsaan Brazil, Andreas Pereira juga salah seorang pemain yang mungkin akan dilepaskan oleh United untuk menjimatkan perbelanjaan mereka.

Lebih-lebih lagi selepas berjaya menandatangani Donny Van De Beek, sepertinya kedudukan Pereira semakin tergugat.

Jadi keenam-enam pemain itu antara calon pemain yang akan dilepaskan oleh kelab, tetapi Lingard jelasnya bukan salah seorang dari pemain yang akan dilepaskan.

Pemain kebangsaan England itu turun beraksi ketika kemenangan 3-0 setan merah menewaskan Luton dalam saingan Carabao Cup.

Terdapat juga laporan sebelum ini yang menyatakan bahawa Lingard akan ditawarkan satu tahun lagi kontrak baru sehingga 2022.

Hal ini kerana Ole dan pimpinan United yakin bahawa pengaruh Lingard sangat membantu untuk membawa Sancho ke Old Trafford.

United dan Borussia Dortmund masih lagi dalam perundingan berkait perpindahan Jadon Sancho dan setan merah mahu mendapatkan pemain kebangsaan England itu segera tetapi mahu dengan harga yang rendah.

Sementara Dortmund sendiri pula tidak akan melepaskan Sancho sekiranya tawaran yang mereka terima tidak seperti yant mereka harapkan.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.