Semalam merupakan hari terakhir pusingan kelayakan Europa League. Dan hari ini akan berlangsung majlis undian untuk Europa League.
๐ธ PLAY-OFFS: SECOND-LEG RESULTS! ๐ธ
โ Group stage line-up
๐ #UELdraw tomorrowBest performance tonight was from ________ ๐#UEL pic.twitter.com/zCMHOtSjGs
โ UEFA Europa League (@EuropaLeague) August 29, 2019
Pertandingan ini merupakan kejohanan kelas kedua di peringkat Eropah. Namun sejak akhir-akhir ini, ianya menjadi serius kerana ia menawarkan tempat ke UEFA Champions League.
Chelsea musim lalu menjadi Juara Europa League. Berdasarkan kedudukan mereka di dalam liga Chelsea sepatutnya berada di balang keempat. Namun dengan status sebagai juara Europa League Chelsea berada di balang nombor satu.
Apabila keadaan ini berlaku, ia membolehkan sesebuah pasukan itu mengelak daripada bertemu dengan juara liga beberapa liga utama Eropah.
Tumpuan dalam saingan Euro paling musim ini pastinya terarah kepada pasukan besar seperti Manchester United dan juga Arsenal.
Manchester United jelas sekali sudah tidak sabar menantikan undian yang akan berlangsung
Menerusi perkongsian di laman Twitter mereka, Manchester United mengingatkan para penyokongnya bahawa undian akan berlangsung pada hari ini.
We will discover our #UEL group-stage opponents during today's draw in Monaco, which begins at 12:00 BST. #MUFC pic.twitter.com/xBCuSObJ71
โ Manchester United (@ManUtd) August 30, 2019
Manchester United menamatkan saingan liga pada musim lalu di tangga keenam. Mereka melepaskan peluang untuk mara ke UEFA Champions League selepas keciciran mata dalam beberapa perlawanan terakhir.
๐ On this week's agenda:
โช๏ธ Our @PremierLeague visit to Southampton
โช๏ธ Two cup draws
โช๏ธ Ole's media briefingโ Manchester United (@ManUtd) August 26, 2019
Musim ini Manchester United membawa pasukan yang agak kuat ke kejohanan Europa League. Mereka sudah memperkuatkan barisan pertahanan tengah membawa dua pemain iaitu Harry Maguire dan Aaron Wan Bissaka.
Mereka pernah menggunakan tiket sebagai juara Europa League untuk mara ke Champions League walaupun berada di luar empat teratas.
Undian untuk Europa League akan dilangsungkan pada pukul 7 malam waktu Malaysia. Undian akan bersiaran langsung dari Monaco.
Manchester United diletakkan di Pot 1 bersama-sama dengan sebuah lagi pasukan dari England iaitu Arsenal.
Pastikan anda jangan terlepas.