Undian Ini Menunjukkan Bahawa Wayne Rooney Tidak Setaraf Aguero

Satu undian telah diadakan, bagi menentukan siapa pemain yang lebih baik di mata peminat, di antara Wayne Rooney ataupun Sergio Aguero.

Wayne Rooney membelasah teruk Sergio Aguero di dalam undian tersebut. Aguero tersungkur dengan jumlah undian yang sangat jauh.

Bukti betapa hebatnya Wayne Rooney di mata juri awam berbanding dengan bekas menantu Diego Maradona itu.

Maka tidak perlu nak meletakkan darjat dan taraf Wayne Rooney sebaris dengan Aguero.

Wayne Rooney yang turun beraksi berhadapan dengan Man Utd dalam aksi Piala FA pada pertengahan minggu telah menunjukkan kualiti permainannya, walaupun pasukannya tewas 0-3 di tangan Man United.

Dua kali beliau hampir menewaskan bekas rakan sepasukannya, Sergio Romero.

Sergio Aguero pula merupakan penyerang paling prolifik dalam sejarah Man City yang tak  berapa nak ada sejarah sangat.

Musim ini Kun Aguero sudah menjaringkan 16 gol daripada 23 perlawanan dalam semua pertandingan.

Dari segi jumlah gol musim  ini, Aguero musim ini mengatasi Wayne Rooney.

Tetapi para peminat bukan nak membandingkan untuk musim ini sahaja. Mereka mahu membandingkan prime Wayne Rooney dengan prime Aguero yang ada sekarang ini.

Parlimen peminat bola sepak bersuara

Para peminat tetap merasakan Wayne Rooney ketika waktu kemuncak sebagai pemain yang lebih baik dari sei komitmen untuk bertahan, serta karakternya yang berjuang dengan rajin.

Berbeza dengan Aguero yang tidak cukup bagus dalam soal bertahan.

GIVEMESPORT telah membuat satu undian di antara Wayne Rooney atau Aguero melibatkan 108,000 orang pengundi dari seluruh dunia.

Wayne Rooney cemerlang dengan meraih 59% undian berbanding dengan hanya 41% sahaja memilih penyerang Argentina, Sergio Aguero.

Wayne Rooney menjaringkan 253 gol daripada 559 perlawanan untuk Man United. Menjadikan beliau pemain terbaik sepanjang zaman untuk pasukan paling hebat di Manchester dan juga dunia.

Aguero pula sudah menjaringkan 254 gol daripada jumlah perlawanan yang jauh lagi rendah daripada Wayne Rooney. Di mana catatan gol itu adalah daripada 367 oleh Sergio Aguero bersama dengan Man City.

Wayne Rooney kini beraksi untuk Derby County, dan pada masa yang sama menjadi jurulatih pasukan tersebut.

Beliau masih belajar untuk menjadi jurulatih di Derby County. Rooney menganggap aksi berhadapan dengan Man United sebagai aksi yang memberikan banyak manfaat kepada para pemain muda mereka.

Selepas tamat perlawanan Rooney berkata: “Perlawanan ini memberikan banyak manfaat kepada kami terutama sekali para pemain muda kami. Mereka (pemain muda) juga kelihatan bermain sangat bagus malam ini.”

Sergio Aguero dan Man City ketinggalan jauh dalam carta Liga Perdana Inggeris. Namun mereka boleh menamatkan musim ini sebagai pemenang 3 piala.

Sebelum ini mereka sudah menang Piala Carabao. Man City turut mara ke pusingan suku akhir Piala FA. Dan seterusnya, Man City masih bersaing dalam Liga Juara Juara Eropah.

Pep Guardiola menyatakan musim mereka musim ini dikira berjaya jika mereka menjulang Liga Juara Juara Eropah.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.