Unai Emery: Taktikal Saya OK, Besabarlah, Takkanlah Nak Terus Dapat Hasil

Unai Emery telah meminta agar para penyokong Arsenal bersabar. Ini selepas peminat Arsenal bengang dengan keputusan teruk yang dicatakan oleh Arsenal dalam beberapa perlawanan.

Terbaru, Arsenal ditewaskan oleh Leicester dalam saingan EPL. Arsenal tunduk 2-0 kepada Leicester.

“Kita berhak rasa kecewa dengan keputusan namun bukannya menyalahkan para pemain. Mereka sudah bermain mengikut perancangan kami.”

“Separuh masa pertama, kami bermula dengan menguasai perlawanan. Namun masuk separuh masa kedua, segalanya tidak seperti yang kita inginkan.”

“Leicester mencipta lebih banyak peluang gol dan mereka menjaringkan  gol pertama. Kemudian kita persiakan peluang yang kita ada.”

Unai Emery percaya pasukannya akan bangkit selepas ini. Beliau tidak setuju Arsenal sudah tergelincir daripada persaingan 4 teratas, untuk ke UCL musim hadaoan.

“Kita boleh mendapatkan semula keyakinan kita dan kembali mendapat mata.”

“Kini peluang 4 teratas adalah bergantung kepada Chelsea dan Leicester, Liverpool dan Manchester City. Mereka ada jarak yang jauh dengan kita.”

“Pada masa yang sama Tottenham dan Manchester United pula ada di belakang kita. Persaingan sangat seimbang melibatkan banyak pasukan.”

“Namun sekarang Leicester dan Chelsea sudah menjarakkan diri daripada kita. Mereka juga harus konsisten.”

“Pertandingan ada 38 perlawanan dan kita ada di belakang dengan jarak 9 mata.”

“Nampak bagus untuk mereka namun kita juga ada peluang untuk mencapai sesuatu dan memperbaiki pencapaian untuk merapatkan jurang.”

Unai Emery kemudian berharap Arsenal akan lebih kuat di tempat sendiri selepas ini.

Unai Emery turut meminta agar para peminat bersabar. Kerana beliau dan pegawai pasukan sedang membangunkan para pemain agar menjadi lebih hebat.

Jadi ia memerlukan sedikit masa untuk mendapatkan hasilnya. Ianya ibarat, bak kata orang kita, hari ini kahwin  takkan esok terus dapat anak.

“Untuk saya sebagai jurulatih, saya akan teruskan kerja saya untuk membangunkan para pemain agar mereka meningkat naik.”

“Saya sudah bercakap dengan pihak kelab dan kekal tenang dan sabar untuk membangunkan bakat dan mendapatkan semula keyakinan para pemain.”

“Kita ada ramai pemain muda yang sedang meningkat naik. Kita sedar, kita menerima kritikan, namun itu tugas saya.”

“Saya sudah melalui banyak detik macam ini. Namun saya berjaya memulihkan keadaan dengan bekerjasama dengan semua pihak untuk mendapatkan keyakinan.”

Ditanya tentang kritikan ke atas taktikal beliau. Unai Emery berkata ia perkara yang normal, tetapi beliau mempertahankan sistem yang beliau pilih dengan back 3.

“Saya terima semuanya. Say terima ketika diberikan tepukan. Dan saya terima ketika dikritik. Biasalah, bila menang mereka gembira dan bila kalah, mereka sedih.”

“Kami harus kekal tenang dan meningkatkan lagi beberapa perkara.”

“Hari ini kita satu langkah ke hadapan dengan beraksi bersama dan bermain dengan kuat ketika bertahan. Kita kalah sebab kita lawan pasukan yang sangat kuat berdasarkan prestasi semasa ketika ini.”

“Para pemain selesa dengan sistem back three, dengan sistem yang menekankan keseimbangan. Hector dan Sead sangat selesa dengan posisi wingback.”

“Sama juga macam tahun lalu, kekadang kita pakai back three kekadang back four. Ia bergantung kepada apa yang kami rasa pada kualiti kami. Kita banyak pakai sistem back three dan tahun lepas banyak juga keputusan positif dicatatkan.”

Unai Emery yakin para pemain akan bangkit dengan ruang dan masa yang mereka ada selepas ini, di mana pasukan akan berehat untuk minggu antarabangsa.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.