Unai Emery Salahkan Pengadil Dan VAR, Anggap Arsenal Tak Patut Kalah

Pengurus Arsenal, Unai Emery menyalahkan mutu pengadilan dan VAR sebagai punca mereka kalah.

Menurut Unai Emery, Arsenal tak patut kalah dalam perlawanan ini, jika pengadil dan VAR lebih baik.

Arsenal meminta penalti pada minit ke-6 apabila John Egan menarik baju Sokratis. Namun Mike Dean tidak melayan tuntutan Arsenal dan tidak merujuk kepada VAR.

Kes yang sama pernah berlaku di mana David Luiz menarik baju Mohamed Salah dan Liverpool diberikan sepakan penalti.

5 minit selepas insiden itu, Arsenal bolos hasil jaringan pemain lawan, Lys Mousset.

Arsenal gagal mendapatkan gol dalam perlawanan ini. Unai juga bengang apabila pemain mudanya, Bukayo Saka dilayangkan kad kuning kerana simulasi, satu lagi insiden yang melibatkan Egan.

Bercakap kepada wartawan selepas tamat perlawanan, Unai mempersoalkan kenapa insiden Sokratis tidak dirujuk kepada VAR?

“Penalti, itu jelas sekali, yang melibatkan Sokratis, itu sangat jelas adalah penalti.”

“Insiden Saka, saya tak tahu sama ada ia penalti atau tak. Tiada penalti? Bagus!”

“Saya rasa Saka menerima kad kuning yang tidak sepatutnya untuk keadaan seperti itu. Namun saya terima sahaja.”

“Cuma apabila kita ada VAR, insiden penalti yang melibatkan situasi seperti Sokratis, benda macam ini yang kita akan rujuk dan semak.”

“Namun kita terpaksa menerima dan melupakannya.”

“Kami tidak patut kalah. Dan kami memberikan lawan kami terlalu banyak sepakan penjuru pada separuh masa pertama, dan mereka menjaringkan gol menerusi salah satu daripadanya.”

“Namun apa yang paling penting, selepas itu kita memperbaiki aspek permainan dan tidak membenarkan bola seperti itu mengancam kita lagi.”

“Ketika ada peluang menyerang, kami gunakannya untuk mencipta lebih banyaj peluangd daripada lawan kami hari ini. Tetapi kita gagal jaringkan gol.”

“Kita berhak mendapat keputussan lebih baik hari ini, namun pasukan yang kami lawan adalah pasukan yang melepaskan bolos paling sedikit dalam EPL setakat ini.”

“Apabila mereka mendahului, itu bermakna kita dalam kesukaran.”

“Kita mencuba pada separuh masa kedua dengan 3 peluang keemasan kita cipta.”

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.