Unai Emery Puji Taktikal Sendiri Dan Pelik Macamana Arsenal Boleh Kalah

Birthday boy Unai Emery menjelaskan tentang pandangan beliau selepas mencatatkan satu lagi keputuan seri.

Dan kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Jadi kepada Unai Emery, lelaki Sepanyol yang bernama Turki.

Peminat Arsenal terkejut kenapa Unai Emery tidak menurunkan Nicolas Pepe yang disifatkan mereka dalam prestasi terbaik.

Unai Emery telah menyenaraikan kembali Mesut Ozil ke dalam pasukan utamanya dan bermain.

Alexandre Lacazette dan Pierre-Emerick Aubameyang dipasangkan di hadapan dalam sistem 4-4-2. Granit Xhaka tidak bermain selepas kontroversi minggu lalu.

Wolves bermula dengan lebih baik dalam perlawana ini. Joao Moutinho dan Ruben Neves hampir menembusi gawang Arsenal di Emirates.

Namun pada minit ke-21, Arsenal di hadapan menerusi gandingan Lacazette dan Aubamyang.

Lacazette melorongkan bola yang disudahkan oleh Pierre-Emerick Aubameyang. Ia adalah gol yang turut menandakan gol ke-50 dalam karier Aubameyang bersama Arsenal.

Namun begitu pada separuh masa kedua, Arsenal dibolosi oleh gol Raul Jimenez. Perlawanan terikat 1-1. Satu lagi aksi Arsenal diikat lawan selepas mendahului.

Sebelum ini Arsenal melepaskan pendahuluan menentang Crystal Palace dan Liverpool.

Bercakap kepada wartawan selepas perlawanan Unai Emery menyatakan taktikal beliau sangat menjadi. Para pemain selesa dengan taktikal yang dirangkanya.

Unai Emery ada alasan tersendiri untuk tidak menurunkan Pepe. Ini kerana semuanya kerana taktikal.

Unai Emery menafikan tuduhan bahawa taktikal beliau tidak menjadi seperti yang didakwa penyokong Arsenal.

Unai tidak dapat menerima kenyataan bahawa pasukannya boleh tewas di tangan Wolves selepas beraksi penuh dengan taktikal. Beliau masih mencari jawapan.

“Ini keputusan yang teruk. Kami secara taktikal beermain dengan cara yang kami mahukan.”

“Bukan keputusan yang baik untuk kami namun kami sudah mencuba yang terbaik. Namun kita tak boleh menunjukkan aksi taktikal kita untuk 90 minit.”

“Kita di hadapan 1 – 0. Itu memberikan kita keyakinan dan menggunakan keyakinan itu untuk mencari gol kedua.”

“Ya benar, kita tidak mencipta banyak sangat peluang tetapi bagi saya perlawanan ini seimbang dan sengit di antara kedua dua pasukan.”

“Tindak balas kami sangat baik dan lebih banyak usaha untuk naik ke atas bagi mencipta peluang gol. Malangnya, keputusan akhir adalah seri dan itu tak bagus untuk kami.”

Agak pelik apabila Unai Emery menyatakan taktikal beliau berjalan dengan sangat baik. Ini kerana pasukan lawan melakukan 25 percubaan ke arah gol mereka dan Arsenal cuma 10.

Pada September lalu, Arsenal berhadapan dengan 31 shots daripada Watford.

Arsenal meningkatkan penguasaan hanya selepas Wolves turun bertahan selepas mendapat gol.

Arsenal selepas ini akan berhadapan dengan Vitoria dalam aksi UEL. Dan diikuti aksi menentang pasukan di tangga ke-4 iaitu Leicester.

Leicester ketika ini 3 mata di atas Arsenal. Namun masih ada 1 perlawanan kurang.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.