Unai Emery Gembira Taktik Pakai Saka Berhadapan Manchester United Berjaya

Pengurus Arsenal membuat sedikit kejutan apabila meletakkan Bukayo Saka dalam kesebelasan utama.

Arsenal seri 1-1 berhadapan dengan Manchester United di Old Trafford selepas Pierre-Emerick Aubameyang menyamakan kedudukan pada separuh masa kedua.

Ini merupakan kali ketiga Unai Emery menggunakan Saka musim ini. Unai menganggap Saka berjaya bermain dengan baik. Saka membekalkan 1 assist kepada Aubameyang.

Aksi Saka juga mendapat banyak pujian. Saka bermain jauh lebih baik daripada Nicolas Pepe, dalam aksi menentang Manchester United.

Roy Keane dalam analisis beliau berkata: “Saya kecewa dengan Pepe. Lihat saja pada gerak tubuhnya, serba tak kena.”

“Anda lihat pula budak ini (Saka), bandingkan dengan Pepe yang mereka bayar sangat mahal. Banyak perkara yang Pepe perlu lakukan.”

Bercakap kepada wartawan selepas tamat perlawanan, Unai Emery menghamburkan pujian kepada pemain remaja berusia 18 tahun tersebut yang kelihatan sangat matang di atas padang.

“Saya berpendapat, beliau sedang berusaha dan sedang meningkat. Beliau juga kelihatan matang bermain hadapan pemain-pemain lain dan malam ini berhadapan dengan Manchester United.”

“Cara beliau bermain sangat semulajadi dan beliau sedang meningkat naik. Saka banyak membantu kita hari ini. Jelas sekali Saka adalah pemain kita yang penting.”

Unai Emery menegaskan, beliau tidak akan terlalu mendesak Saka dalam pembangunan pemain tersebut. Arsenal akan cuba lebih bertenang dalam menggunakan Saka.

“Kami akan bekerjasama dengan beliau dengan tenang, sabar, dan jika beliau berhak mendapat minit, kita akan menagih keyakinan yang beliau ada, untuk membantu pasukan, dengan aksi beliau.”

“Ini perkembangan yang luar biasa untuk kita.”

Musim lalu, Arsenal menggunakan khidmat Saka sebanyak 5 perlawanan. Dan musim ini Saka sudah berjaya menembusi gawang Eintracht Frankfurt serta ada 3 assist.

Selepas aksi cemerlang Saka di Old Trafford, Unai Emery memberikan bayangan bahawa pemain itu akan terus menjadi salah satu pilihan utama beliau.

Keputusan seri ini mengembalikan Arsenal ke 4 teratas. Manakala Manchester United juga berjaya naik ke tangga ke-10.

Arsenal akan berhadapan dengan Standard Liege di UEL diikuti aksi menentang Bournemouth pada Ahad.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.