Akibat tidak tahan dengan prestasi buruk menimpa Arsenal, pasukan tersebut telah memecat jurulatihnya Unai Emery yang sebelum ini dijulang dengan Emeryball.
Arsenal gagal menang dalam sebarang perlawanan dalam semua pertandingan dalam 7 perlawanan terakhir mereka.
Walaupun Unai Emery sebelum ini yakin sokongan ke atas beliau masih kukuh, tetapi ianya jelas tidak berlaku.
Josh Kroenke telah memecat Unai Emery selepas tewas di tangan Eintracht Frankfurt dalam saingan Liga Europa.
Arsenal tewas 2-1 dalam perlawanan yang mereka menurunkan pasukan yang kuat.
π Our team news for tonight's gameβ¦
π§π· Martinelli starts
π¬π¦ Aubameyang also in attack
π¨π Xhaka returns
π¦π· Martinez lines up in goalπ #UEL
β Arsenal (@Arsenal) November 28, 2019
Namun prestasi Arsenal di atas padang terus hambar dan buruk.
Sebelum ini mereka disingkirkan oleh Liverpool daripada Piala Carabao dengan jaringan lewat pasukan lawan yang memaksa perlawanan diheret ke penentuan penalti selepas seri 5-5.
Di bawah Unai Emery, Arsenal masih belum menampakkan apa apa kestabilan termasuk dari segi falsafah dan juga prestasi.
Kesebelasan utama beliau juga kerapkali mengundang kritikan di kalangan peminat Arsenal. Kroenke menyatakan Unai Emery gagal meletakkan Arsenal di landasan yang sepatutnya selepas mereka menetapkan sasaran.
Para penyokong Arsenal sudah lama melancarkan kempen Emery Out.
Arsenal dalam kenyataan pemecatan rasmi mereka berkata:
Hari ini kami telah mengambil keputusan dan mengumumkan bahawa kelab ini memutuskan untuk berpisah dengan ketua jurulatih, Unai Emery bersama-sama dengan barisan kejurulatihannya.
Mewakili pihak Lembaga Pengarah Arsenal dan juga pemilik pasukan, Kroenke Sports & Entertainment, Josh Kroenke menyatakan: βTerima kasih tak terhingga dan penuh ikhlas daripada kami kepada Unai dan rakan-rakannya yang telah berusaha bersungguh-sungguh dalam usaha cuba membantu kelab ini kembali bersaing ke tahap yang kami semua mahukan.
Club statement: Unai Emery
β Arsenal (@Arsenal) November 29, 2019
Tiada lagi kata-kata lain, hanyalah, kami di sini mahu mengucapkan selamat maju jaya kepada Unai Emery dan staf kejurulatihannya.β
Keputusan ini dibuat dengan mengambil kira keputussan yang dicatatkan di atas padang dan prestasi yang kurang memberangsangkan. Ianya tidak menepati apa yang diperlukan pada tahap yang tertinggi.
Kami telah meminta Freddie Ljungberg untuk menjadi menggalas tugas selakuk ketua jurulatih pasukan utama secara sementara (pemangku). Kami memberikan kepercayaan penuh kepada Freddie untuk membawa bergerak terus ke hadapan.
Pencarian ketua jurulatih baharu sedang dijalankan dan kami akan membuat pengumuman rasmi apabila segala proses itu selesai kelak.
Unai Emery merupakan jurulatih pertama Arsenal selepas pemergian Arsene Wenger.
Beliau mendapat dana yang tinggi pada jendela perpindahan lalu, walaupun ada pembelian dibeli secara ansuran.
Arsenal berhadapan dengan banyak krisis musim ini. Termasuk isu pemain seperti Koscielny yang mogok dan mendesak perpindahan ke kelab lain.
Ketua pasukan itu terpaksa dijual dan digantikan dengan David Luiz.
Arsenal kemudian melantik Granit Xhaka sebagai kapten menerusi proses undian di kalangan pemain.
Xhaka turut dilucutkan jawatan selepas berkonfrontasi dengan penyokong di Emirates.
Siapakah yang bakal menggalas tugas di Arsenal selepas ini? Dan ke manakah destinasi Unai Emery selepas era Arsenal?