Unai Emery telah membongkar rahsia yang terpendam di dalam lubuk hatinya yang paling dalam, sejak sekian lama. Ianya telah membekas.
Beliau menuduh penyokong Arsenal yang penuh dengan hati busuk dan hitam ke atasnya telah menjadi sebab kepada pemecatannya.
Beliau sangat kecewa dengan apa yang berlaku kepadanya. Unai Emery dipecat Arsenal pada November lalu selepas merekodkan permulaan terburuk sejak 1992.
Sedangkan beberapa hari sebelum itu Josh Kroenke ada datang bertemu dengan beliau dan memberikan sokongan serta jaminan bahawa Beliau akan kekal menjadi pengurus Arsenal.
Arsenal hanya menang 4 daripada 13 perlawanan liga mereka. Ianya telah memuncakkan lagi tekanan ke atas dirinya dan para pemain dalam pasukan.
Unai mengakui sikap dan layanan buruk penyokong Arsenal kepadanya antara punca beliau dipecat.
Namun pada masa yang sama beliau mendedahkan banyak isu lain yang membuatkan beliau dipecat.
Sikap penyokong Arsenal amat menyedihkan Unai.
Unai Emery merasakan dirinya seolah olah tidak dihormati langsung di Arsenal. Semua benda dia buat satu jenaka bagi mereka termasuk ketika mengucap Good Ebening.
Unai juga menyatakan, dirinya seringkali menjadi sasaran penyokong apabila kalah. Dan apabila menang penyokong Arsenal tidak langsung memberikan kredit kepada beliau.
Beberapa situasi yang berlaku pada awal musim telah menyukarkan Unai Emery membentuk pasukan. Ia memerlukan masa. Namun pada penyokong Arsenal terlompat lompat mahukan penyelesaian segera.
Unai berkata:
“Sebenarnya kan, ada beberapa masalah. Misalnya insiden Ozil dan Kolasinac yang memerlukan masa untuk diselesaikan. Seterusnya, pembelian Nicolas Pepe yang memerlukan masa untuk menyesuaikan diri.”
“Ia telah mengganggu tumpuan kami serta memerlukan masa untuk memperbetulkan dan membentuk pasukan.”
“Kami tidak bermain bagus. Itu yang pasti. itu telah membawa kepada keputusan buruk yang kami catat di atas padang.”
“Para penyokong Arsenal pula fokus nak menghentam saya je kerja mereka dan mahu menghumban saya keluar.”
“Kerja mereka adalah mahu memastikan saya dipecat je. Itu je lah. Kami langsung tak ada peningkatan sebab benda ni semua.”
Unai Emery says he was 'thrown out' of Arsenal by their fans 👀 pic.twitter.com/oNt2QNYoSS
— Goal (@goal) January 31, 2020
“Namun begitu saya terus kekal fokus kepada banyak lagi perkara positif.”
“Saya sangat sedih. Dan saya sebulan ni bermimpi pasal Arsenal sahaja. Dan saya menghadapi dugaan itu.
“Apabila saya tak lagi bermimpi tentang mereka, saya tahu yang saya sudah boleh mengatasinya. Dan kini saya sudah mulai kembali menjalani kehidupan seperti biasa.”
Emery: "That brought us bad results, there was no improvement, the fans focused on me & they threw me out. But I keep the positive things, there were many. I had the funeral & mourning. After my sacking, I dreamed a month of things about #Arsenal" pic.twitter.com/dFe6lVIl3n
— Gurjit (@GurjitAFC) January 31, 2020
Unai Emery dipecat dan digantikan oleh Freddie Ljungberg sebagai interim. Beberapa minggu kemudian, Arsenal melantik mikel arteta sebagai pengurus tetap.
Unai Emery percaya Mikel Arteta merupakan pengurus yang tepat untuk menggalas tugasan di Arsenal. Ini kerana menurut Unai, Mikel Arteta telah berguru dengan salah seorang pengurus terbaik di dunia iaitu Pep Guardiola.
Arsenal masih berusaha untuk melayakkan diri ke liga Juara-juara Eropah selepas 3 tahun tak nampak batang hidung dalam kejohanan tersebut.