Unai Emery menganggap aksi di antara Liverpool dan Arsenal sebagai gila. Kedua-dua pasukan terikat 5-5 untuk 90 minit.
Namun Arsenal tewas dalam penentuan sepakan penalti. Sekaligus kandas. Liverpool pula meneruskan saingan ke suku akhir.
Unai Emery berkata: “Selamat malam semua, ianya satu perlawanan yang gola. Saya rasa perlawanan ini hebat untuk disaksikan para penyokong, untuk kami dan semua orang.”
“Dari sudut bola sepak, saya rasa penyokong menikmatinya. Permainan di separuh masa pertama dan juga rentak perlawanan yang sangat intensif.”
“Secara keseluruhan kami beraksi sangat baik. Cuma tak boleh nak cerita sangat tentang pertahanan kami. Cuma secara taktikal ketika menyerang, lima gol terhasil.”
Unai Emery speaks after our #CarabaoCup elimination…
— Arsenal (@Arsenal) October 30, 2019
“Jika menang sekalipun, kami tidak akan 100% gembira. Namun kadangkala dalam perlawanan seperti ini, macam malam ini, ia boleh membantu penyokong gembira dengan tenaga, dan semangat yang dipamerkan daripada kedua-dua pasukan.”
Seterusnya Unai Emery agak tidak berpuas hati dengan penalti yang diberikan kepada Liverpool. Ini selepas Harvey Elliot dijatuhkan oleh Martinelli di dalam kotak penalti.
“Kami hampir menang namun mereka menyamakan kedudukan pada lewat perlawanan. Mereka juga dapat penalti yang saya rasa itu situasi 50/50.”
“Akhir sekali, kami kecewa, kerana secara defensif kami melepaskan 5 gol.”
“Tetapi banyak juga perkara positif pada hari ini.”
Unai Emery turut memberikan jaminan bahawa Mesut Ozil akan kembali terlibat dalam aksi EPL. Unai turut menjelaskan kenapa Ozil dikeluarkan.
Will Ozil be back in the Arsenal starting XI this weekend? 🤔 pic.twitter.com/YLSAHEDKus
— Goal (@goal) October 30, 2019
“Kami ada perlawanan EPL hujung minggu ini, dan beliau akan kembali ke dalam pasukan.”
“Ozil bermain sangat baik pada hari ini. Pemain yang penuh dengan skil. Kami keluarkan beliau kerana perkara itu kami sudah tetapkan sebelum perlawanan, berapa minit yang beliau bermain dalam aksi ini.”