Samuel Umtiti dikaitkan dengan Arsenal pada perpindahan yang lalu, dalam usaha The Gunners menguatkan pertahanan mereka.
Umtiti kehilangan tempat beliau di kesebelasan utama Barcelona, kepada Lenglet, selepas kecederaan yang panjang.
Umtiti kemudian menceritakan detik beliau dihubungi rakannya menyatakan bahawa Arsenal berminat mendapatkan beliau.
Dalam satu temu ramah, wartawan Canal Football menunjukkan video kepada Umtiti, yang memaparkan Lacazette meminta agar Umtiti datang ke Arsenal.
Lacazette mahu bergabung semula dengan Umtiti. Kedua-dua mereka pernah bermain bersama di Lyon.
Alors @samumtiti ? @LacazetteAlex is waiting ⌚️🏴🤣 pic.twitter.com/oZ0Whs30Pg
— Canal Football Club (@CanalFootClub) September 8, 2019
Umtiti ketawa besar. Beliau kemudian berkata: “Jujur saya katakan, saya tak tahu dari mana rumors ke Arsenal ini boleh ada.”
Namun beliau mengakui bahawa sebelum ini, ada rakan beliau bertanya tentang perkara yang sama.
“Pada tengah malam, saya menerima satu mesej daripada rakan saya, berbunyi: “Ah, jadi kamu akan menyertai Arsenal’.”
“Terus saya jawab, tidak, maaflah, saya akan terus kekal di Barcelona. Jadi tidak perlu nak bercakap tentang perkara itu dengan saya.”
Umtiti shuts down Arsenal transfer talk after Lacazette messagehttps://t.co/n304YDRpvr pic.twitter.com/4tsnf7q2II
— Mirror Football (@MirrorFootball) September 9, 2019
“Terus-terang saya katakan bahawa saya tak tahu sama ada mereka (Arsenal) ada bercakap dengan ejen saya tentang perkara itu.”
“Apa yang pasti, berita itu adalah tiak berguna, kerana saya ada jawapan yang pasti. Saya tak akan ke sana.”
“Sejak kecil saya berimpian mahu bermain untuk Barcelona. Musim lalu, musim sukar di mana saya berhadapan dengan krisis kecederaan.”
Umtiti sekali lagi dilanda kecederaan dalam tugasan antarabangsa kali ini. Beliau berharap ianya tidak terlalu serius.
Ditanya tentang berita bahawa beliau antara pemain yang ditawarkan kepada PSG untuk pertukaran dengan Neymar.
Umtiti sambil tergelak, berkata: “Itu berita sangat gila. Saya tergelak tak henti-henti mendengarnya. Saya tak tahu nak jawab kerana saya tiada jawapan.”