UFC Mexico Bertukar Kecoh Selepas Yair Rodriguez Mencucuk Mata Jeremy Stephens

Gara-gara kecewa dengan tindakan pengadil yang menamatkan pertarungan awal di antara Yair Rodriguez dan Jeremy Stephens dalam acara UFC Mexico.

Para penyokong yang hadir mengamuk dan membaling pelbagai objek ke octagon, di Mexico City Arena.

https://twitter.com/_Skizzaay/status/1175604474024472577

Pertarungan tersebut terpaksa ditamatkan sebagai tiada pertandingan (no contest) selepas tindakan tidak ada Yair Rodriguez yang mencucuk mata Jeremy Stephens.

Pertarungan di antara Stephens dan Rodriguez hanya berlangsung 15 saat, untuk acara utama.

Keputusan pengadil untuk menamatkan pertarungan telah mengundang amarah para penonton yang hadir, dengan Stephens terpaksa meninggalkan octagon serta merta.

Mereka juga kecewa dengan tindakan Stephens yang mahu meninggalkan octagon.

Stephens kemudian menerangkan kepada peminat tentang keadaan beliau. Stephens menunjukkan matanya yang berbalut dan berkata beliau mengalami luka calar dalam di bahagian mata.

Beliau juga melepaskan marahnya kepada Yair Rodriguez yang sebelum ini seolah-olah menuduhnya berlakon cedera.

β€œYair, kamu fikir saya berlakon sakit? Bro – kamu yang cucuk mata saya. Kita selesaikan pertarungan ini di masa akan datang, dalam masa 4 minggu, atau 2 minggu, tidak kisahlah. Saya sentiasa bersedia.”

β€œJom kita lawan balik, motherf*cker.”

Kenyataan itu respon kepada kenyataan Yair Rodriguez yang menganggap kekalahan beliau adalah kerana Stephens mengambil kesempatan daripada keraguan (benefit of the doubt).

Yair tidak pasti sama ada benar Stephens terkena cucuk di bahagian mata. Semua itu penuh keraguan, dan tidak pasti sama ada Jeremy benar-benar cedera.

β€œSaya telah memberikan beliau manfaat daripada perkara yang meragukan dan tidak dapat dipastikan kepada Jeremy Stephens. Satu-satunya manusia yang dalam keraguan adalah beliau sendiri. Beliau sahaja tahu apa keadaan sebenar dirinya.”

Yair kemudian menejelaskan, beliau bukannya sengaja mencucuk mata Jeremy. Bahkan dalam sukan UFC insiden seperti itu biasa berlaku dan, ramai petarung akan meneruskan pertarungan.

β€œSaya tidak pernah mencucuk mata lawan di dalam kandang pertarungan.”

β€œSaya sendiri pernah mengalami kesakitan yang teruk di bahagian mata, misalnya ketika berhadapan Frankie Edgar. Mata saya tercedera dan hampir tertutup, hampir tak nampak apa-apa.”

β€œNamun saya meneruskan pertarungan. Namun bukan semua manusia sama. Saya tidak tahu apa yang beliau fikirkan. Jadi, keraguan ini telah diambil kesempatan oleh Jeremy. Kita tunggu apa pula selepas ini. Ianya menyedihkan.”

β€œSaya minta maaf di atas apa yang berlaku. Saya bukan sengaja mencucuk mata beliau. Sekali lagi, saya tegaskan, semua keraguan ini telah membuatkan Jeremy mengambil kesempatan.”

Jangan lupa layan sekejap animasi yang menceriakan ini:

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.