UFC 253: Israel Adesanya Menewaskan Costa Dengan Keputusan TKO

Israel Adesanya turun menentang Paulo Costa dalam acara utama di UFC 253 pagi tadi.

Sebelum perlawanan ini berlangsung lagi, Israel Adesanya pernah menyatakan bahawa beliau akan menang mudah melawan Costa.

Kenyataan yang dibuat oleh Israel Adesanya itu ditentang oleh ramai pihak kerana menurut mereka Costa juga merupakan seorang petarung yang hebat dan bakal memberi masalah besar kepadanya.

Kedua-dua petarung, Israel Adesanya dan Paulo Costa merupakan petarung yang handal dan memiliki rekod bersih tanpa kekalahan.

Israel Adesanya turun dengan rekod 19 kemenangan tanpa kalah dan Costa pula berjaya mencatat 13 kemenangan tanpa kekalahan.

Jadi dalam perlawanan kali ini, sudah pastinya akan ada yang pulang dengan kekalahan dan rekod kemenangan bersih mereka bakal tercalar.

Costa juga pernah menyindir Adesanya dengan menyatakan bahawa beliau calon pengganti terbaik untuk Usain Bolt.

Hal ini kerana, Costa menganggap Adesanya terlalu banyak melarikan diri dalam gelanggang ketika perlawanan bertemu Romero.

“Saya tidak hanya akan mengalahkan dia, tetapi saya juga akan menghancurkan dia.”

Jelas Costa sebelum pertarungan mereka.

Adesanya kemudian membalas kenyataan itu dengan mengatakan bahawa Costa merupakan atlet yang tidak bersih dan selalu menggunakan barang terlarang untuk meningkat kekuatannya.

Setelah dari itu terjadi beberapa siri sindir menyindir antara kedua-dua petarung itu.

Pada sesi bersua muka kemarin, kedua-dua petarung itu kelihatan sangat tegang dan hampir bergumpal di atas pentas.

Costa turut memberikan Adesanya bengkung putih lalu menyindir Israel merupakan seorang petarung yang amatur sahaja di matanya.

Selepas beberapa siri berbalas sindir menyindir, hari ini Kedua-dua petarung itu masuk ke gelanggang dengan perasaan yang penuh amarah.

Adesanya terkesan dan sangat merah ketika Costa memperlekehkan cara pertarungannya.

Costa sememangnya terkenal sebagai seorang petarung yang sering mengamalkan taktikal agresif dengan menggunakan banyak tendangan.

Namun dalam perlawanan kali ini, taktikal agresif beliau itu akhirnya telah memakan dirinya sendiri.

Setelah melepaskan beberapa siri serangan kakinya mulai lemah dan Adesanya terus mengajarnya.

Adesanya berjaya menewaskan Costa pada pusingan kedua melalui keputusan TKO. Yang mana Israel Adesanya menumbuk Costa bertubi-tubi ketika beliau terjatuh.

Adesanya turut memberikan penghinaan yang teruk kepada Costa selepas serangan penumbuk bertubi-tubi yang beliau lepaskan.

Adesanya dilihat menunggang belakang lawannya itu seperti menunggang seekor kuda.

Segalanya bermula apabila Adesanya melancarkan sepakan ke atas kepala Costa yang membuatkan petarung itu mulai hilang kestabilan.

Ianya diikuti dengan serangan agresif yang berterusan di pusingan kedua perlawanan itu.

Israel Adesanya sepertinya benar-benar mahu menghancurkan lawannya dan mahu menang dengan secepatnya seperti apa yang telah beliau janjikan.

Dengan kemenangan TKO menewaskan Costa, Israel Adesanya berjaya untuk mengekalkan rekod tanpa kalah miliknya.

Berikut merupakan keputusan lengkap perlawanan di UFC 253:

Danilo Marques def Khadis Ibragimov

Juan Francisco Espino def. Jeff Hughes

William Knight def. Aleksa Camur

L’udovit Klein def. Shane Young

Jake Matthews def. Diego Sanchez

Brad Riddel def. Alex da Silva

Hakeem Dawodu def. Zubaira Tukhugov

Ketlen Vieira def. Sijara Eubanks

Brandon Royval def. Kai Kara-France

Jan Blachowicz def. Dominick Reyes

Israel Adesanya def. Paulo Costa

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.