UFC 249: Tony Mahu Khabib Keluar Dari Persembunyian Di Rusia Dan Lawan

Khabib Nurmagomedov masih lagi tersekat di Rusia menjelang pertarungan beliau menentang Tony Ferguson untuk kategori Lightweight di UFC 249 pada 18 April hadapan.

Ia berikutan tindakan Vladimir Putin tidak membenarkan semua penerbangan keluar dan masuk Rusia untuk mengawal pandemik COVID-19.

Pelaksanaan menutup semua pintu sempadan itu dilaksanakan beberapa hari setelah The Eagles tiba di negara asalnya itu untuk meneruskan latihan setelah Amerika Syarikat turut melakukan perintah berkurung disebabkan pandemik yang sama.

Tony Ferguson seperti kecewa dengan keseluruhan situasi apabila membuat satu kenyataan di media sosial dengan menuduh Khabib sengaja mencari jalan untuk lari dari pertarungan tersebut.

“18 April semakin hampir @TeamKhabib dan anda pula bersembunyi di Rusia. Perintah halangan untuk terbang tidak akan menghalang saya membelasah kamu,” kata Ferguson.

“Jangan jadikan ia sebagai alasan untuk melarikan diri kali ini. Anda telah diberikan pelbagai lokasi sebelum ini. Sekarang bagi hami satu. Anak H***m.”

Sebelum ini Presiden UFC, Dana White menegaskan pertarungan tersebut tetap akan diteruskan di arena tertutup, namun Khabib tetap menyelar UFC sebelum ini kerana tiada lokasi yang telah ditetapkan untuk pertarungan itu diadakan.

“Kami berlatih di AKA tanpa sebarang maklumat mengenai pertarungan tersebut dan bagaimana ia akan diadakan,”

“Kemudian UFC memberitahu kami ianya 100% tidak akan diadakan di Amerika Syarikat. Kemudian mereka berkata 99% ianya akan diadakan di Emirates, Abu Dhabi.

https://www.facebook.com/GrandstandKita/posts/2842824162499614?__xts__%5B0%5D=68.ARBnni41Ns3zY8j4kmaKReNVUA6Z8rY3PL2FBzzsl6SYUpF4DKRRsq0cB-J0S0UUQgSly2Wcqh9FeUCNb66VP1JkGDswDSJ8_K90xDcBFzlc4FaT3u8TpOcHWr_fsCYu9gxBZQaM0jojbRaMFNp6Bdpi9gsEyBMFaCBa5G027Q3iSbPsGVq_CmTrIQ_BBN6k3NNhPfOEbJJlQc67dH_t1pd5opW_37UVnwCgVRPYtTJI2ZXOS1xU3QHnfJBsnvPlrsK0uLxYx5w5NUGf6KfneRypG80oKLHrdNxNOnqA0FE0g1apbznuPahQwqrCqr3X2b7Ze2B3n1gpCXyVPOycioXjkOiZ-1HAxsG1BrXhi5V_TIBZ&__tn__=-R

“Selepas berbincang dengan UFC, kami memutuskan untuk terbang ke Emirates sebulan sebelum pertarungan. Saya tidak berapa ingat tarikh, mungkin 19 atau 20hb yang lalu. Saya perlu menyemak kembali.

“Dan apabila kami tiba di Emirates kami diberitahu kerajaan di sana akan menutup semua pintu sempadan, Tidak ada siapa yang akan dibenarkan keluar atau masuk kecuali penduduk tetap.

“Jadi kami terbang kembali ke Rusia. Sekarang saya berada di Dagestan meneruskan latihan dan melakukan persiapan setiap hari. Walaupun saya tidak tahu untuk apa persiapan saya ini.

“Ini kerana apabila mendarat di Rusia kami dimaklumkan pintu sempadan turut akan ditutup. Sama seperti di Amerika Syarikat, sama seperti apa yang berlaku di Eropah, di Emirates dan di mana sahaja, seluruh dunia kini dikuarantin.”

Khabib dalam kenyataan yang dinyatakan di Instagram beliau beberapa hari lalu turut berkata beliau akan mengikuti segala arahan dan peraturan yang akan ditetapkan oleh kerajaan.

“Semua orang sepatutnya mengikuti peraturan. Saya tidak akan melawan [peraturan], saya tahu ada peninju yang perlu memberi makan keluarga mereka dan mebayar bil.

“Saya tahu betapa sukarnya [kehidupan] seorang peninju. Mereka tidak akan mendapat pendapatan sekiranya tiada pertarungan,” tambahnya lagi.

Khabib turut mendedahkan UFC turut cuba menggantikan beliau dengan petarung lain untuk memastikan UFC 249 dapat diteruskan.

Antara kemungkinan pengganti adalah Justin Gaethje. UFC 249 juga berkemungkinan boleh ditangguhkan. Namun berdasarkan ego Dana White sebelum ini, ia kelihatan akan diadakan walau dengan apa cara sekali pun.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.