UEL 2018/19: Vitoria 1 Arsenal 1

Rekod kemenangan 100% dalam saingan Europa League musim ini akhirnya berakhir di Portugal.

Arsenal yang bermain UEL di jadual UCL masih gagal mengelakkan badi kebangkitan lawan dalam beberapa perlawanan sebelum ini.

Shkodran Mustafi meletakkan Arsenal di hadapan selepas menerima hantaran oleh Nicolas Pepe menerusi sepakan percuma pada minit ke-80.

Mustafi meraikan gol beliau dengan gaya bersahaja.

Ketika Arsenal berkira-kira mahu membawa pulang 3 mata, mereka sekali lagi diikat pasukan lawan pada masa kecederaan.

Duarte menyamakan kedudukan pada masa kecederaan menerusi libasan gunting. Ianya sama dengan skrip di Anfield di mana Divock Origi juga melakukan libasan gunting untuk menyamakan kedudukan pada masa kecederaan.

Ini merupakan keputusan seri keempat berturut-turut Arsenal dalam semua pertandingan selepas melalui minggu sukar dengan segala drama melibatkan Granit Xhaka.

Xhaka dilucutkan jawatan kapten oleh Arsenal sebelum sepak mula menentang Vitoria.

Arsenal masih boleh mengesahkan kemaraan mereka pada hari ini jika Standard Liege tewas di tangan Eintracht Frankfurt yang baru segar daripada membelasan Bayern 5-1.

Arsenal dominan secara penguasaan bola namun mereka sangat sedikit ancaman di hadapan gol. Mereka cuma ada 7 percubaan ke arah gol dan 1 sahaja on target.

Sementara pasukan tuan rumah ada 15 percubaan ke gawang Arsenal dengan 4 percubaan adalah tepat.

Keputusan ini juga membuatkan Unai Emery semakin tertekan. Walaupun beliau sudah memberitahu pengurusan tertinggi memberikan sokongan padu kepadanya.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.