Presiden UEFA, Aleksander Ceferin menegaskan sekali lagi bahawa semua liga dan pertandingan di Eropah harus ditamatkan.
Ditamatkan di sini bermaksud diselesaikan, bukannya dibatalkan ataupun di ditamatkan awal.
Ceferin kecewa dengan laporan tidak tepat menyatakan beliau memberikan tarikh akhir untuk menamatkan kejohanan Liga Juara Juara Eropah serta Liga Europa adalah 3 Ogos 2020.
Menurut laporan tersebut, kegagalan untuk menamatkan pertandingan menjelang tarikh itu akan membuatkan kejohanan dikira batal ataupun null and void.
Jika keadaan ini berlaku maknanya tiada pemenang yang akan diiktiraf.
Ceferin dilaporkan memberitahu perkara tersebut kepada media Jerman, ZDF. Lalu, UEFA mengeluarkan kenyataan rasmi berbentuk penafian ke atas perkara tersebut.
Kenyataan UEFA menyatakan: “Terdapat laporan menyatakanbahawa presiden UEFA, Aleksander Ceferin, memberitahu ZDF di Jerman bahawa Liga Juara UEFA mesti ditamatkanj pada 3 Ogos. Perkara itu adalah sama sekali tidak benar.”
“Presiden UEFA sudah menyatakan dengan jelas bahawa UEFA masih belum menetapkan tarikh untuk liga musim ini berakhir.”
“Di mana ketika ini, UEFA sedang meneliti semua pilihan yang ada untuk menamatkan musim domestik serta kejohanan di bawah UEFA iaitu Liga Juara-Juara Eropah dan Liga Europa.”
“Satu kumpulan khas diwujudkan untuk gerak kerja ini, pada 17 Mac yang lalu.”
“Keutamaan kumpulan kerja ini adalah untuk mencari solusi bagi memastikan liga musim ini ditamatkan dengan lengkap. Tetapi ketika ini fokus utama adalah kesihatan orang ramai.”
Selain daripada itu UEFA turut tidak menolak kemungkinan liga dan pentas pertandingan UCL dan UEL akan diadakan pada kalendar musim baharu iaitu pada Julai dan Ogos.
📰 [ABC] | UEFA denies the Champions League has to end before August 3rd
🔶 On Saturday, it was published that Aleksander Ceferin, in an interview with the German ZDF, confirmed that the Champions League should end before August 3; "This is not true," UEFA said in the statement. pic.twitter.com/Po1KPlie46
— BarçaTimes (@BarcaTimes) April 5, 2020
Ini bermakna, permulaan musim baharu akan dianjakkan sedikit ke bulan yang lain.
“UEFA juga turut mengkaji kemungkinan akan ada perlawanan pada bulan Julai dan Ogos sekiranya perlu. Ianya bergantung kepada beberapa keadaan dan izin oleh pihan berkuasa.”
UCL dan UEL sudah memasuki peringkat kalah mati. Namun hanya sebahagian daripada perlawanan telah dijalankan. Ianya terpaksa dihentikan seketika kerana serangan wabak koronavirus yang semakin meruncing di Eropah.
Buat masa ini, kesemua liga utama di Eropah sedang digantung sementara kerana pandemik Covid-19 yang sedang melanda dunia.
Dua negara Eropah yang terjejas teruk kerana covid-19 adalah Itali dan Sepanyol. Fokus semua pihak ketika ini adalah perkara yang berkaitan dengan kesihatan.
Sebelum ini UEFA sudah menyatakan bahawa, keutamaan mereka selepas ini adalah untuk menamatkan saingan liga dan piala domestik.
Oleh sebab itu UEFA sudah menunda tarikh kejohanan UEFA EURO ke tarikh yang baharu, diadakan pada tahun hadapan.
Untuk pertandingan liga dan piala domestik, UEFA menyerahkannya kepada pengurusan liga di negara masing-masing untuk mencari ikhtiar agar ianya dapat ditamatkan dengan sempurna.