UEFA Champions League 2020/21: Zenit 1-2 Club Brugge

Club Brugge berkunjung ke Gazprom Arena bertemu Zenit St Petersburg untuk perlawanan pertama kumpulan F saingan liga Juara-juara musim baru ini.

Zenit St Petersburg telah diundi berada dalam kumpulan F bersama Lazio, Borussia Dortmund dan Club Brugge untuk saingan liga Juara-juara musim ini.

Kedua-dua pasukan turun dengan misi untuk menang perlawanan pertama memandangkan dua lagi pasukan lain dalam kumpulan F merupakan pasukan pilihan untuk mara ke peringkat seterusnya.

Perlawanan bermula dengan agak perlahan dengan kedua-dua pasukan dilihat terlalu berhati-hati dalam merencanakan serangan.

Penandatanganan baru Zenit yang juga merupakan pemenang saingan liga Juara-juara dua musim lalu, Dejan Lovren beraksi agak cemerlang dalam perlawanan ini dalam mengawal barisan pertahanan beliau.

Sehingga tamat separuh masa pertama, perlawanan ini masih lagi seimbang dengan penguasaan bola 50/50, namun Club Brugge lebih banyak melancarkan cubaan berbahaya berbanding Zenit.

Tiga kad kuning telah dilayangkan oleh pengadil perlawanan kepada pemain Club Brugge, Clinton Mata, Emmanuel Dennis dan Mats Rits pada babak pertama perlawanan.

Tamat babak pertama perlawanan, kedua-dua pasukan masuk ke bilik persalinan dengan keputusan terikat tanpa jaringan.

Masuk minit ke-65 perlawanan masih lagi menyaksikan kedua-dua pasukan masih gagal untuk menjaringkan gol dan hanya ada tambahan satu kad kuning sahaja yang dilayangkan oleh pengadil perlawanan kepada Dejan Lovren iaitu pada minit ke-53.

Pada minit ke-63, Club Brugge berjaya memperoleh jaringan pendahuluan menerusi Emmanuel Dennis yang cemerlang memanfaatkan kekecohan di hadapan gol Zenit.

Gawang gol Zenit menjadi huru hara dengan penjaga gol sudah tidak berada di tempat sepatutnya dan tiga pemain berada dalam gawang gol untuk melindungi kubu mereka supaya tidak dirobek oleh Club Brugge.

Emmanuel Dennis cemerlang menolak kemas bola menewaskan dua pemain pertahanan Zenit yang ketika itu berada betul-betul di dalam gawang gol.

Pada minit ke-74 perlawanan pula, giliran bekas bintang handalan Liverpool Dejan Lovren mengikat kedudukan 1-1 selepas beliau berjaya menjaringkan gol cukup padu untuk Zenit.

Lovren melepaskan rembatan padu dari luar kotak penalti, bola tersebut terlepas dari jangkauan penjaga gol, namun ianya terkena tiang lalu terkena kepala penjaga gol sebelum bola tersebut masuk ke gawang golnya.

Club Brugge berjaya peroleh gol kemenangan pada masa kecederaan perlawanan hasil jaringan dari Charles De Ketelaere yang menerima umpanan dari Ruud Vormer.

Perlawanan tamat dengan keputusan Club Brugge berjaya menewaskan Zenit St Petersburg dengan keputusan 2-1.

 

Kesebelasan Utama Zenit St Petersburg vs Club Brugge

Kesebelasan utama Zenit

Mikhail Kerzhakov, Vyacheslav Karavaev, Dejan Lovren, Yaroslav Rakitskiy, Danil Krugovoy, Daler Kuzyaev, Wilmar Barrios, Magomed Ozdoev, Sebastian Driussi, Sardar Azmoun, Artem Dzyuba

Barisan pemain simpanan Zenit

Andrey Lunev, Aleksander Vasyutin, Danila Prokhin, Aleksandr Erokhin, Leon Musaev, Daniil Shamkin, Aleksei Sutormin, Wendel, Andrey Mostovoy

Kesebelasan utama Club Brugge

Ethan Horvath, Clinton Mata, Brandon Mechele, Federico Ricca, Eduard Sobol, Ruud Vormer, Mats Rits, Hans Vanaken, Krepin Diatta, Emmanuel Dennis, Charles De Ketelaere

Barisan pemain simpanan Club Brugge

Nick Shinton, Senne Lammens, Maxime De Cuyper, Nathan Fuakala, Ignace Van Der Brempt, Thomas Van Den Keybus, Eder Balanta, Thibo Baetan Noa Lang, David Okereke, Siebe Schrijvers, Youssouph Badji

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.