UEFA Champions League 2020/21: Real Madrid 2-3 Shakhtar Donetsk

Saingan liga Juara-juara Eropah musim 2020/21 telah bermula semalam dengan Juventus, Club Brugge, Barcelona, Manchester United, RB Leipzig dan Lazio telah berjaya memenangi perlawanan pertama peringkat kumpulan masing-masing.

Finalis musim lalu, Paris Saint Germain tewas 2-1 kepada Manchester United dalam perlawanan yang berlangsung di halaman mereka sendiri semalam.

Hari ini, Real Madrid akan melayan kunjungan Shakhtar Donetsk untuk perlawanan pertama kumpulan B saingan liga Juara-juara musim ini.

Real Madrid telah diundi berada dalam kumpulan B pada edisi kali ini bersama Shakhtar Donetsk, Inter Milan dan Borussia Monchengladbach.

Skuad kendalian Zinedine Zidane terpaksa turun tanpa ketua pasukan mereka, Sergio Ramos, Eden Hazard dan Daniel Carvajal yang sedang dibelenggu kecederaan.

Shakhtar Donetsk pula kehilangan 10 orang pemain mereka selepas kesemua pemain tersebut disahkan positif wabak Cov-19.

Sepuluh minit pertama perlawanan dilihat berlangsung dengan seimbang dengan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan, namun penguasaan bola jelas milik Real Madrid.

Pada minit ke-11, gawang Real hampir saja dibolosi, selepas Shakhtar peroleh peluang keemasan melalui ketua pasukan mereka, Marlos, namun ianya berjaya diselamatkan oleh Thibaut Courtois.

Marlos menerima umpanan dari rakan sepasukannya dan beliau melakukan larian yang tepat pada masanya untuk menyambut bola tersebut sebelum cubaanya diselamatkan oleh Courtois.

Menjelang 20 minit perlawanan berlangsung, Shakhtar Donetsk dilihat lebih menguasai permainan dengan melancarkan beberapa siri percubaan ke gawang gol Real Madrid.

Pada minit ke-29, Shakhtar Donetsk berjaya membuka tirai jaringan mereka menerusi rembatan padu dari Tete yang menerima bola lorongan dari Viktor Korniienko.

Β 

Pada minit ke-30, Luka Jovic mensia-siakan peluang keemasan untuk Real mendapatkan gol penyamaan selepas beliau gagal menanduk kemas bola hantaran cantik dari Marcelo.

Tiga minit selepas itu, Tete sekali lagi menjadi masalah untuk Real Madrid selepas beliau berjaya melepaskan rembatan padu yang menjadi punca kepada gol kedua Shakhtar.

Rembatan kencang dari Tete berjaya ditepis oleh Courtois, namun bola tersebut terkena kaki Varane sebelum bola tersebut masuk menerjah jaring gol Real untuk Shakhtar mendahului perlawanan 2-0.

Pada minit ke-42, gawang gol Real Madrid dibolosi sekali lagi dengan Manor Solomon menjaringkan gol yang cukup padu untuk Shakhtar Donetsk mendahului 3-0.

Tete melakukan hantaran back-heel yang cukup cantik menemui Manor Solomon yang kemudiannya melepaskan rembatan padu menewaskan Thibaut Courtois.

Tamat separuh masa pertama dengan Real Madrid ketinggalan 3-0 kepada Shakhtar Donetsk.

Babak kedua bermula dengan Zinedine Zidane telah mengeluarkan Rodrygo dan digantikan dengan Karim Benzema untuk memperkuat jentera serangan mereka.

Real Madrid bermula dengan garang pada babak kedua perlawanan dengan melancarkan beberapa siri percubaan berbahaya ke kubu Shakhtar.

Pada minit ke-54, Luka Modric berjaya menjaringkan gol pertama untuk Real Madrid selepas melepaskan rembatan dari luar kotak penalti menewaskan penjaga gol Shakhtar.

Β 

Gol yang sungguh cantik dari Luka Modric sehingga menyebabkan penjaga gol Shakhtar hanya mampu melihat sahaja bola tersebut menerjah gawang golnya.

Satu minit kemudian, Tete hampir saja menjaringkan gol kedua peribadinya untuk Shakhtar, namun sayang cubaannya sedikit tersasar.

Pada minit ke-59, Zidane telah mengeluarkan Luka Jovic dan memasukkan Vinicius Junior.

Pemain muda itu cemerlang dengan menjaringkan gol tidak sampai satu minit beliau berada dalam padang selepas berjaya mencuri bola di kaki pertahanan lawan sebelum merembat masuk bola untuk gol kedua Madrid.

Pada minit ke-62, Courtois sekali lagi pamer aksi cemerlang selepas beliau berjaya untuk menyelamatkan percubaan berbahaya dari Tete.

Minit ke-60 sehingga 80 tempo perlawanan semakin meningkat dengan aksi serang menyerang antara kedua-dua pasukan, namun tiada jaringan tambahan berjaya dilakukan.

Pada minit ke-79, Shakhtar hampir saja peroleh gol keempat mereka namun jaringan tersebut dibatalkan oleh pengadil kerana Tete berada dalam kedudukan Offside.

Minit-minit akhir perlawanan Real Madrid terus melancarkan serangan untuk mencari gol penyamaan.

Hasilnya pada minit kedua masa kecederaan, Real Madrid berjaya menjaringkan gol menerusi rembatan padu dari jarak jauh menerusi Federico Valverde.

Namun gol tersebut dibatalkan oleh VAR kerana Vinicius Junior didapati telah menghadang pandangan penjaga gol ketika Valverde melakukan rembatan.

Perlawanan tamat dengan Juara La Liga itu tewas 3-2 kepada Shakhtar Donetsk dalam perlawanan pertama peringkat kumpulan saingan liga Juara-juara musim ini.

Kesebelasan Utama Real Madrid vs Shakhtar Donetsk:

Kesebelasan utama Real Madrid

Thibaut Courtois, Marcelo, Eder Militao, Raphael Varane, Ferland Mendy, Luka Modric, Casemiro, Federico Valverde, Rodrygo, Luka Jovic, Marco Asensio

Barisan pemain simpanan Real Madrid

Andriy Lunin, Diego Altube, Nacho Fernandez, Isco, Tony Kroos, Lucas Vazquez, Vinicius Junior, Karim Benzema

Kesebelasan utama Shakhtar Donetsk

Anatolii Trubin, Dodo, Valeriy Bondar, David Khocholava, Victor Korniienko, Marcos Antonio, Maycon, Marlos, Manor Solomon, Tete, Dentinho

Barisan pemain simpanan Shakhtar Donetsk

Andriy Pyatov, Oleksiy Shevchenko, Vitao, Mark Mampasi, Heorhii Sudakov, Denys Shostak, Danylo Goncharuk, Bogsan V’Yunnik, Marquinhos Cipriano

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.