UEFA Champions League 2020/21: Manchester City 3-1 FC Porto

Perlawanan pertama peringkat kumpulan saingan liga Juara-juara musim ini telah berlangsung semalam dan pada hari ini turut dilangsungkan beberapa perlawanan lain.

Manchester City akan melayan kunjungan dari FC Porto untuk perlawanan pertama kumpulan C saingan liga Juara-juara musim ini.

Manchester City telah diundi berada dalam kumpulan C pada edisi kali ini bersama FC Porto, Olympiacos dan Marseille.

Perlawanan bermula dengan Manchester City jelas menguasai perlawanan dengan melancarkan beberapa siri percubaan berbahaya ke kubu Porto.

Sepuluh minit pertama, skuad kendalian Pep Guardiola berjaya mendominasi permainan dengan menguasai lebih 70% penguasaan bola.

FC Porto berjaya mendahului perlawanan pada minit ke-14 menerusi Luis Diaz yang berjaya melepasi beberapa pertahanan City sebelum melepaskan rembatan menewaskan Ederson.

Barisan pertahanan City agak kaku melihat Diaz berlari membawa bola masuk ke dalam kotak penalti mereka dan gagal untuk menghalangnya melepaskan rembatan ke gawang gol Ederson.

Pada minit ke-20, Manchester City telah dihadiahkan sepakan penalti oleh pengadil perlawanan selepas Raheem Sterling dijatuhkan oleh Pepe dalam kotak penalti.

Sergio Aguero cemerlang menyempurnakan sepakan penalti tersebut untuk City menyamakan kedudukan 1-1.

Gol tersebut merupakan gol ke-40 untuk Sergio Aguero di pentas bola sepak Eropah dalam saingan liga Juara-juara dan Europa League.

Tamat babak pertama permainan, keputusan masih terikat 1-1 dan kedua-dua pasukan pastinya akan tampil dengan strategi baru di babak kedua perlawanan.

Babak kedua perlawanan bermula dengan kedua-dua pasukan saling mengatur gerak untuk memburu gol pendahuluan.

Pada minit ke-65, IIkay Gundogan berjaya menjaringkan gol pendahuluan untuk Manchester City mendahului FC Porto 2-1.

Gundogan berjaya menjaringkan gol hasil dari sepakan percuma yang cukup cantik dan padu menewaskan Agustin Marchesin.

Lapan minit selepas dari IIkay Gundogan menjaringkan gol kedua untuk City, giliran Ferran Torres pula menjarakkan lagi jurang gol dengan menjaringkan gol ketiga untuk skuad kendalian Pep Guardiola mendahului perlawanan 3-1.

Ferran Torres menerima bola lorongan dari Phil Foden lalu menggelecek beberapa pemain sebelum melepaskan rembatan kencang menerjah gawang gol Porto.

FC Porto gagal untuk mengejar walau cuba untuk merencanakan beberapa gerakan berbahaya.

Perlawanan antara Manchester City menentang FC Porto berkesudahan dengan kemenangan kepada the Citizens 3-1.

Kesebelasan utama Manchester City vs FC Porto

Kesebelasan utama Manchester City

Ederson, Kyle Walker, Ruben Dias, Eric Garcia, Joao Cancelo, Bernardo Silva, Rodri, IIkay Gundogan, Riyad Mahrez, Sergio Aguero, Raheem Sterling

Barisan pemain simpanan Manchester City

Zack Steffen, Scott Carson, Taylor Harwood Bellis, John Stones, Oleksandr Zinchenko, Fernandinho, Phil Foden, Cole Palmer, Felix Nmecha, Ferran Torres, Thomas Doyle, Adrian Bernabe Garcia

Kesebelasan utama FC Porto

Agustin Marchesin, Malang Sarr, Pepe, Chancel Mbemba, Jesus Corona, Sergio Oliveira, Mateus Uribe, Zaidu Sanusi, Fabio Vieira, Luis Diaz, Moussa Marega

Barisan pemain simpanan FC Porto

Diogo Costa, Wilson Manafa, Diogo Leite, Nanu, Marco Grujic, Felippe Anderson, Romario Baro, Mamadou Loum, Toni Martinez, Evanilson, Shoya Nakajima, Mehdi Taremi

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.