Inter Milan menjadi tuan rumah untuk perlawanan pertama saingan liga Juara-juara musim ini bertemu Borussia Monchengladbach.
Inter Milan telah diundi berada dalam kumpulan B pada edisi kali ini bersama Borussia Monchengladbach, Real Madrid dan Shakhtar Donetsk.
Real Madrid terlebih dahulu telah bertemu dengan Shakhtar Donetsk sebelum bermulanya perlawanan antara Inter dengan Borussia Monchengladbach.
Inter Milan announce Achraf Hakimi will miss today’s #UCL match vs. Monchengladbach after testing positive for COVID-19 pic.twitter.com/8dyMW2Oycn
— B/R Football (@brfootball) October 21, 2020
Real Madrid tewas 3-2 kepada Shakhtar Donetsk dalam perlawanan pertama kumpulan B.
Perlawanan bermula dengan agak seimbang dengan kedua-dua pasukan saling merencanakan gerakan untuk masuk melepasi barisan pertahanan lawan.
10 minit pertama, Inter Milan terus melancarkan serangan dan mengasak kubu Borussia Monchengladbach, namun tiada jaringan yang berjaya dihasilkan.
Sehingga perlawanan masuk ke minit ke-30, Inter masih lagi mendominasi permainan dengan melakukan lebih banyak percubaan berbanding Borussia Monchengladbach.
⏱️ | MEZZ'ORA
Trascorso il primo terzo di gara a San Siro, il risultato non si sblocca…#InterBorussia 0⃣-0⃣#UCL #FORZAINTER ⚫️🔵 pic.twitter.com/OyQE0hkfNr
— Inter (@Inter) October 21, 2020
Inter Milan sudah mencipta tiga peluang manakala Borussia Monchengladbach masih gagal untuk melepasi barisan pertahanan Inter.
Tiada jaringan yang berjaya dihasilkan oleh kedua-dua pasukan walau Inter Milan banyak kali mencuba untuk merobek gawang gol Borussia Monchengladbach.
Inter mencipta lima peluang dan satu percubaan tepat pada babak pertama permainan manakal Borussia Monchengladbach pula gagal mencipta sebarang peluang.
Tamat babak pertama perlawanan dengan kedua-dua pasukan masuk ke bilik persalinan dengan keputusan seri 0-0.
Inter akhirnya berjaya peroleh jaringan pertama dalam perlawanan ini pada minit ke-49 menerusi bekas penyerang Manchester United, Romelu Lukaku.
⚫️🔵 Lukaku has now scored 40 goals in 56 games for Inter 🔥🔥🔥#UCL pic.twitter.com/YOfU06k4Yy
— UEFA Champions League (@ChampionsLeague) October 21, 2020
Romelu Lukaku berjaya menjaringkan gol pendahuluan untuk Inter selepas menerima bola hantaran dari Matteo Darmian.
Keadaan di hadapan gol Borussia Monchengladbach ketika itu sungguh kucar kacir, dan Lukaku menggunakan ketenangan yang beliau miliki untuk menyumbat bola ke dalam gawang gol kelab dari Jerman itu.
5 Goals in 5 games for Big Rom Lukaku 🔵⚫️🔵⚫️🔵⚫️ pic.twitter.com/Oq7fTsk44r
— Uncle Sharma (@RSharmzz) October 21, 2020
Pada minit ke-63, Borussia Monchengladbach dihadiahkan sepakan penalti oleh pengadil perlawanan selepas Marcus Thuram dikasari oleh Vidal dalam kotak penalti.
Ramy Bansebaini cemerlang menyempurnakan sepakan penalti tersebut untuk mengubah kedudukan kepada 1-1.
Pada minit ke-84, Jonas Hofmann berjaya menjaringkan gol kedua untuk Borussia Monchengladbach mendahului permainan 2-1.
Jonas Hofmann menerima bola lorongan cantik dari Alassane Plea sebelum meluru masuk ke kotak penalti Inter dan melepaskan rembatan padu melepasi celah kelengkang Samir Handanovic dan menerjah jaring gol.
Penghujung masa sebenar permainan, Romelu Lukaku sekali lagi menjadi wira Inter apabila berjaya menjaringkan gol penyamaan untuk mengikat kedudukan 2-2.
Lukaku dengan mudah dan sungguh bertenang menolak bola hasil dari satu sepakan sudut lalu menjaringkan gol penyamaan untuk Inter.
Romelu Lukaku for Inter Milan and Belgium in 2020:
28 goals
36 gamesBaller. pic.twitter.com/qaykUDChvh
— 433 (@433) October 21, 2020
Perlawanan tamat dengan keputusan seri 2-2 dan Inter Milan gagal untuk memanfaatkan beberapa peluang keemasan yang mereka miliki.
Kesebelasan Utama Inter Milan vs Borussia Monchengladbach
Kesebelasan utama Inter Milan
Samir Handanovic, Aleksandar Kolarov, Matteo Darmian, Stefan De Vrij, Danilo D’Ambrosio, Ivan Perisic, Nicolo Barella, Arturo Vidal, Christian Eriksen, Alexis Sanchez, Romelu Lukaku
Barisan pemain simpanan Inter Milan
Daniele Padelli, Filip Stankovic, Alessandro Bastoni, Lorenzo Moretti, Andrea Ranocchia, Riccardo Boscolo Chio, Marcelo Brozovic, Radja Nainggolan, Niccolo Squizzato, Lautaro Martinez, Andrea Pinamonti
Kesebelasan utama Borussia Monchengladbach
Yann Sommer, Stefan Lainer, Matthias Ginter, Nico Elvedi, Ramy Bansebaini, Florian Neuhaus, Christoph Kramer, Jonas Hofmann, Breel Embolo , Marcus Thuram, Alassane Plea
Barisan pemain simpanan Borussia Monchengladbach
Max Grun, Tobias Sippel, Tony Jantschke, Michael Lang, Oscar Wendt, Patrick Herrmann, Rocco Reitz, Hannes Wolf, Lars Stindl, Ibrahima Traore