Juventus berkunjung ke Olimpiysky National Sports Complex, untuk bertemu dengan Dynamo Kyiv bagi perlawanan pertama untuk kumpulan G, dalam saingan liga Juara-juara.
Juventus turun tanpa kehadiran bintang utama mereka Cristiano Ronaldo yang sedang menjalani proses kuarantin selepas disahkan positif wabak Cov-19.
Matthjis de Ligt, Alex Sandro dan Aaron Ramsey juga terpaksa diketepikan dari perlawanan ini selepas kesemua mereka mengalami kecederaan.
⚪️⚫️ Juventus check in for Andrea Pirlo's first Champions League game as a coach.
😮 His side face Mircea Lucescu's Dynamo Kyiv – the man who helped launch his playing career 25 years ago…@juventusfcen | #UCL pic.twitter.com/4lw9GBIuQP
— UEFA Champions League (@ChampionsLeague) October 20, 2020
Sepuluh minit pertama perlawanan nampak seimbang dengan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan namun tiada serangan berbahaya yang berjaya dilakukan.
Pada minit ke-17, Juventus terpaksa melakukan pertukaran awal dengan mengeluarkan ketua pasukan mereka, Giorgio Chiellini kerana mengalami kecederaan hamstring.
30 minit pertama perlawanan juga kelihatan seimbang namun Juventus beberapa kali berjaya untuk melancarkan siri serangan berbahaya ke kubu Dynamo Kyiv.
Juventus hampir mendapatkan jaringan pembukaan mereka pada minit ke-32 hasil cubaan cantik dari Dejan Kulusevski yang menerima bola lorongan dari Aaron Ramsey, namun cubaan tersebut berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Dynamo.
Masuk saja babak kedua perlawanan, Juventus berjaya memperoleh jaringan pembukaan mereka menerusi Alvaro Morata.
Alvaro Morata bagged a brace to hand Juventus a 2-0 win over Dynamo Kyiv in their UEFA Champions League opener.
Read more: https://t.co/UdarKISlwi pic.twitter.com/R9eSeAchPv
— Soccer Laduma (@Soccer_Laduma) October 20, 2020
Gerakan bermula dari skill back-heel Aaron Ramsey kepada Dejan Kulusevski yang kemudian melepaskan rembatan padu ke gawang gol Dynamo, namun berjaya ditepis oleh penjaga gol, Georgiy Bushchan.
Alvaro Morata yang ketika itu berada dihadapan gol Dynamo mengejar bola muntah cubaan dari Kulusevski lalu merembat kencang menerjah gawang gol Dynamo Kyiv untuk Juventus mendahului perlawanan 1-0.
Minit ke-60 hingga ke minit ke-80, Juventus seperti hilang arah dan telah menyebabkan gawang gol mereka beberapa kali di gasak oleh Dynamo Kyiv.
Dynamo Kyiv berjaya melancarkan beberapa siri serangan ke gawang Juventus namun gagal untuk menghasilkan sebarang Jaring.
FC Dynamo Kyiv 0 – 2 Juventus
Goooooooooooooooooooooooooooooooal Morata 84' 😍😍😍😍
– #UCLGhost | Follow me on : https://t.co/PznrygUeDk pic.twitter.com/pwanrO8uBB
— Champions league Goal HD (@for_ucl) October 20, 2020
Selepas melancarkan beberapa siri serangan yang tidak menghasilkan jaringan, gawang gol Dynamo Kyiv dengan tiba-tiba dirobek oleh Alvaro Morata, untuk Juventus mendahului 2-0.
Alvaro Morata menanduk padu bola hasil hantaran dari Juan Cuadrado menewaskan Georgiy Bushchan yang tidak mampu berbuat apa-apa dengan bola tandukan kencang dari bekas bintang Atletico Madrid itu.
Perlawanan tamat dengan Juventus peroleh kemenangan selesa 2-0 menewaskan Dynamo Kyiv dan mengutip tiga mata penuh untuk mendahului kumpulan G.
Kesebelasan Utama Dynamo Kyiv VS Juventus
Kesebelasan utama Dynamo Kyiv
Georgiy Bushchan, Tomasz Kedziora, IIya Zabarnyi, Vitaliy Mykolenko, Oleksandr Karavaev, Vitaliy Buyalskyi, Sergiy Sydorchuk, Mykola Shaparenko, Viktor Tsygankov, Vladyslav Supryaga, Carlos De Pena.
Barisan pemain simpanan Dynamo Kyiv
Denys Boyko, Ruslan Neshcheret, Denys Popov, Oleksandr Syrota, Volodymyr Shepeliev, Denys Garmash, Oleksandr Andriyevskiy, Mikel Duelund, Bogdan Lednev, Benjamin Verbic, Gerson Rodrigues, Giorgi Tsitaishvili
Kesebelasan utama Juventus
Wojciech Szczesny, Danilo, Giorgio Chiellini, Leonardo Bonucci, Juan Cuadrado, Dejan Kulusevski, Rodrigo Bentancur, Adrien Rabiot, Federico Chiesa, Aaron Ramsey, Alvaro Morata
Barisan pemain simpanan Juventus
Carlo Pinsoglio, Gianluigi Buffon, Merih Demiral, Gianluca Frabotta, Federico Bernardeschi, Manolo Portanova, Arthur, Paulo Dybala.