Bayern Munich turun sebagai Juara bertahan dalam saingan liga Juara-juara awal pagi ini bertemu Atletico Madrid.
Atletico Madrid berkunjung ke Allianz Arena untuk bertemu Bayern Munich bagi perlawanan pertama mereka di peringkat kumpulan saingan liga Juara-juara musim ini.
Bayern Munich dan Atletico Madrid telah diundi berada dalam kumpulan A bersama Lokomotiv Moscow dan Red Bull Salzburg pada kejohanan edisi kali ini.
Bayern Munich in the UCL under Hansi Flick:
Played: 9
Won: 9
Scored: 34
Conceded: 4 pic.twitter.com/pXXTYURgLb— ESPN FC (@ESPNFC) October 21, 2020
Bayern Munich turun tanpa kehadiran Leroy Sane dan Serge Gnabry yang dibelenggu kecederaan.
Manakala Atletico Madrid sendiri pula turut kehilangan Diego Costa dan Saul Niguez yang turut sedang mengalami masalah kecederaan.
Turun sebagai Juara bertahan, Bayern tampil lebih garang dengan mengasak kubu Atletico seraca berterusan di awal minit permainan.
Kedua-dua pasukan saling berbalas serangan, namun Bayern dilihat lebih mendominasi permainan dan lebih banyak merencanakan gerakan berbahaya.
Pada minit ke-28, Bayern Munich berjaya membuka tirai jaringan menerusi Kingsley Coman yang bijak menolak bola ke sudut sebelah kiri gawang Atletico.
Coman menerima bola umpanan cantik dari Joshua Kimmich sebelum beliau dengan tenang menolak masuk bola ke gawang gol Atletico menewaskan Jan Oblak.
Man of the match:
Kingsley Coman:
72 minutes played
2 goals
1 assist
2 shots (2 on target)
40 touches
24 passes (87.5% accuracy)
4 key passes
2 accurate crosses
1/1 long ball
2 dribbles completed
9.57/10 rating[WS] pic.twitter.com/y8qVYf88xJ
— Bayern & Germany (@iMiaSanMia) October 21, 2020
Selepas melancarkan serangan bertali arus ke kubu Atletico, Bayern Munich berjaya memperoleh gol kedua mereka pada minit ke-41 permainan menerusi Leon Goretzka.
Kingsley Coman sering menjadi masalah kepada barisan pertahanan Atletico, dan kali ini beliau cemerlang menolak bola tepat ke kaki Goretzka sebelum pemain midfield itu melepaskan rembatan padu menerjah jaring gawang gol Jan Oblak.
Tamat separuh masa pertama permainan berkesudahan dengan keputusan Juara bertahan, Bayern Munich mendahului Atletico 2-0.
Atletico Madrid lebih bersemangat di awal babak kedua perlawanan dan berjaya memperoleh jaringan pertama mereka menerusi Joao Felix.
Namun jaringan tersebut telah dibatalkan oleh pengadil perlawanan kerana Luis Suarez telah menghadang pemandangan Manuel Neuer.
Joao Felix is the unluckiest player of the century this is a joke 🙃🇵🇹 pic.twitter.com/WWm9qUEktp
— Tommy Rose Portuguesa🇵🇹 (@PortugalFPF) October 21, 2020
Pada minit ke-66, hasil dari sepakan percuma Kimmich yang tertampan ke kaki pertahanan Atletico, telah disambar oleh Corentin Tolisso untuk menjaringkan gol ketiga Bayern.
Enam minit kemudian, Kingsley Coman sekali lagi menghukum barisan pertahanan Atletico dengan menjaringkan gol kedua peribadinya dan keempat untuk Bayern.
Kingsley Coman menerima bola hantaran dari Muller dan membawa bola tersebut ke dalam kotak penalti lalu menewaskan tiga pemain pertahanan Atletico sebelum melepaskan rembatan menewaskan Jan Oblak untuk kali keempat.
Bayern berjaya mempertahankan kubu mereka dari ditembusi oleh jentera serangan Atletico sehingga perlawanan tamat.
Bayern Munich defeated Atletico Madrid 4-0 without Serge Gnabry or Leroy Sane 🥶🥶 pic.twitter.com/V6yy58rSlO
— ESPN FC (@ESPNFC) October 21, 2020
Perlawanan tersebut berkesudahan dengan kemenangan berpihak kepada Juara bertahan dengan keputusan 4-0.
Kesebelasan Utama Bayern Munich vs Atletico Madrid
Kesebelasan utama Bayern Munich
Manuel Neuer, Benjamin Pavard, Niklas Sule, David Alaba, Lucas Hernandez, Joshua Kimmich, Leon Goretzka, Thomas Muller, Corentin Tolisso, Kingsley Coman
Barisan pemain pertahanan Bayern Munich
Alexander Nubel, Bouna Sarr, Javi Martinez, Jerome Boateng, Alphonso Davies, Marc Roca, Jamal Musiala, Joshua Zirkzee, Eric Maxim Choupo Moting, Douglas Costa
Kesebelasan utama Atletico Madrid
Jan Oblak, Renan Lodi, Felipe, Stefan Savic, Kieran Trippier, Marcos LIorente, Hector Herrera, Koke, Yannick Carrasco, Luis Suarez, Joao Felix
Barisan pemain simpanan Atletico Madrid
Miguel San Roman, Ivo Grbic, Mario Hermoso, Vitolo, Angel Correa, Lucas Torreira, Thomas Lemar, Juan Manuel Sanabria, Ivan Saponjic.