UEFA Champions League 2020/21: Barcelona 5-1 Ferencvarosi TC

Barcelona melayan kunjungan Ferencvarosi TC ke Now Camp untuk perlawanan pertama mereka dalam saingan liga Juara-juara musim ini.

Barcelona musim ini telah diundi berada dalam kumpulan G bersama Juventus, Dynamo Kyiv dan Ferencvarosi TC.

Juventus cemerlang memenangi perlawanan pertama mereka dengan menundukkan Dynamo Kyiv 2-0.

Barcelona terpaksa turun tanpa kehadiran penjaga gol utama mereka, Marc Andre Ter Stegen dan Jordi Alba yang terpaksa direhatkan kerana mengalami kecederaan.

Barcelona jelas menguasai perlawanan dengan melepaskan beberapa siri cubaan ke gawang gol Ferencvarosi TC.

Pada minit ke-25, Lionel Messi telah dijatuhkan dalam kotak dan Barcelona telah dihadiahkan sepakan penalti, bintang Argentina itu cemerlang menyempurnakan penalti tersebut untuk jaringan pembukaan Barca.

Pada minit ke-42, giliran Ansu Fati menjaringkan gol untuk Barcelona mendahului perlawanan 2-0 hasil dari hantaran cantik Frankie de Jong.

Masuk minit ke-52 perlawanan, Barcelona memperoleh jaringan ketiga mereka menerusi Philippe Coutinho yang menerima hantaran kemas dari Ansu Fati.

Barcelona terpaksa bermain dengan 10 orang pemain selepas Gerard Pique dilayangkan kad merah pada minit ke-68 perlawanan selepas mengasari Tokmac.

Ihor Kharatin cemerlang menyempurnakan sepakan penalti itu dengan penuh ketenangan menjadikan kedudukan 3-1.

Pada minit ke-82, Pedri berjaya menjaringkan gol keempat untuk Barcelona selesa mendahului perlawanan dengan keputusan 4-1.

Ousmane Dembele yang membawa bola dari tengah padang dan berjaya menggelecek beberapa pemain pertahanan Ferencvarosi telah menolak bola kepada Pedri sebelum pemain muda itu menyumbat gol keempat untuk Barca.

Pada minit ke-89, giliran Ousman Dembele pula yang menjaringkan gol kelima untuk Barcelona selepas menerima hantaran cantik dari Lionel Messi.

Perlawanan tamat dengan Barcelona cemerlang membelasah Ferencvarosi TC 5-1 dan skuad kendalian Ronald Koeman itu kini menjadi pendahulu dalam kumpulan G atas mengatasi Juventus menerusi jumlah jaringan.

Kesebelasan Utama Barcelona vs Ferencvarosi TC

Kesebelasan utama Barcelona

Neto, Sergi Roberto, Gerard Pique, Clement Lenglet, Sergino Dest, Miralem Pjanic, Frenkie de Jong, Francisco Trincao, Philippe Coutinho, Ansu Fati, Lionel Messi

Barisan pemain simpanan Barcelona

Arnau Tenas, Inaki Tena, Oscar Mingueza, Ronald Araujo, Junior Firpo, Sergio Busquets, Riqui Puig, Carles Alena, Pedri, Ousmane Dembele, Martin Braithwaite, Antoine Griezmann

Kesebelasan utama Ferencvarosi TC

Denes Dibusz, Eldar Civic, Adnan kovacevic, Miha Blazic, Endre Botka, Ihor Kharatin, Aissa Laidouni, Oleksandr Zubkov, David Siger, Isael, Tokmac Chol Nguen

Barisan pemain simpanan Ferencvarosi TC

Marton Banki, Adam Bogdan, Gergo Lovrencsics, Marcel Heister, Lasha Dvali, Abraham Frimpong, Somalia, Roko Baturina, Robert Mak, Franck Boli

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.