UEFA Beri Amaran: EPL Tak Boleh Sesuka Hati Bagi Piala Kat Liverpool Sekiranya Liga Dibatalkan

Presiden UEFA, Aleksander Ceferin menyatakan bahawa laporan menyatakan UEFA memberikan kebenaran kepada Liga Perdana Inggeris untuk memberikan Liverpool piala jika liga dibatalkan sebagai fake news ataupun berita palsu.

Liga Perdana Inggeris berhadapan dengan risiko untuk dibatalkan pada musim ini kerana wabak COVID-19 yang kian meruncing ketika ini.

Sebelum ini, Naib Pengerusi West Ham United meminta Premier League membatalkan saingan musim ini ataupun null and void.

Lalu, ramai pihak tak suka dengan kenyataan tersebut. Mereka menegaskan, Brady hanya memikirkan pasukannya West Ham yang ketka ini terikat mata dengan Bournemouth yang berada di tempat ke-18 yang di zon penyingkiran.

Null and void bermaksud, liga musim ini tiada pemenang langsung. Dan tiada pasukan yang akan tersingkir.

Jika perkara ini berlaku, kemarau Liverpool akan bertambah lagi. Pada ketika ini mereka 25 mata di atas Manchester City yang berada di tangga kedua Liga Perdana Inggeris.

Sebelum ini Telegraph melaporkan bahawa EPL mungkin akan menamatkan liga lebih awal dengan tiada penyingkiran.

Dan Liverpool akan diberikan kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini.

UEFA tak restui

UEFA mengeluarkan kenyataan daripada pihak mereka yang akan terpakai untuk mengatasi segala peraturan yang ada di liga liga yang berada di bawah seliaannya.

Aleksander Ceferin mengesahkan jika Liga Perdana Inggeris dibatalkan, maka Premier League tidak boleh sesuka hati ikut kepala dia je nak bagi Liverpool trofi kejuaraan.

Ceferin mengesahkan kenyataan itu pada selepas persidangan tergempar UEFA berikutan pandemik COVID-19 pada Selasa.

Selain daripada itu Aleksander Ceferin juga mengesahkan bahawa kejohanan Eropah, EURO 2020 akan ditunda ke tahun 2021 akan datang.

UEFA juga menyatakan musim liga di Eropah harus ditamatkan pada 30 Jun. Ini akan membuatkan ada kemungkinan Liga di Eropah akan dibatalkan.

Namun begitu, Ceferin telah menegaskan bahawa, berita menyatakan pendahulu liga pada ketika ini akan diberikan kejuaraan secara automatik sebagai fake news.

“Saya ada membaca dan mendengar beberapa berita palsu menyatakan UEFA menasihatkan agar liga ditamatkan sekarang dan pendahulu liga akan diberikan kejuaraan.”

“Saya boleh sahkan, itu tak benar. Misi utama kita adalah untuk menamatkan liga. Kita tidak sesekali mencadangkan cadangan seperti itu kepada persatuan ataupun mana – mana liga.”

Misalnya di La Liga, pastinya kejam untuk memberikan kejuaraan terus kepada Barcelona yang hanya dua mata di atas Real Madrid.

Ceferin kemudian menegaskan, setiap liga harus ditamatkan dengan sebaiknya. Itu adalah misi utama UEFA pada ketika ini.

Beliau tidak rasa, idea membatalkan liga adalah idea yang baik. Dan berkata, misi utama UEFA pada ketika ini adalah untuk memastikan musim ini ditamatkan dengan sebaiknya walaupun lewat daripada sepatutnya.

 

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.