Berjaya menewaskan San Juara, Liverpool tidak bermakna Atletico Madrid menjadi salah sebuah pasukan pilihan apabila perjalanan kelab kendalian Diego Simone itu berakhir juga – di tangan pasukan bukan pilihan, RB Leipzig.
RB Leipzig berjaya menyingkirkan Atletico Madrid yang bermain secara negatif untuk layak buat kali pertama ke separuh akhir UEFA Champions League (UCL), 11 tahun selepas kelab Jerman tersebut dilahirkan.
Atalanta 1-2 PSG
RB Leipzig 2-1 AtleticoTwo quarter-finals done, another two remaining. #UCL pic.twitter.com/tS4EPVFrzk
— Squawka News (@SquawkaNews) August 13, 2020
Atletico pula cuba mengintai laluan ke perlawanan akhir buat kali ketiga dalam tempoh enam tahun. Namun corak permainan Atletico yang lebih gemar bertahan seakan-akan mereka yakin untuk mengheret perlawanan ke masa tambahan.
Karakter itu menyebabkan ATletico Madrid dihukum selepas percubaan Tyler Adam yang terbias dua minit sebelum masa tamat berjaya memastikan skuad kendalian Julian Nagelsmann menempah tiket untuk perlawanan berhadapan Paris St-Germain selepas ini.
2009: RB Leipzig are founded
2020: RB Leipzig reach the UCL semi-finals
What were you doing at 11 years old? pic.twitter.com/NvRs3WTX0g
— Squawka News (@SquawkaNews) August 13, 2020
Leipzig beraksi tanpa titik fokal di bahagian serangan selepas Timo Werner berhijrah ke Chelsea pada musim panas lalu.
Werner menjaringkan 34 gol untuk pada musim ini, tatkala keseluruhan kesebelasan utama Leipzig yang diturunkan dalam aksi suku akhir ini hanya memiliki 44 gol terkumpul diantara mereka.
Ketumpulan di bahagian serangan seperti sudah boleh dijangka, dengan corak permainan progresif yang diterapkan Leipzig sering kali berakhir tanpa sebarang ancaman.
RB Leipzig 2-1 Atletico Madrid FT:
⚽️ Olmo
⚽️ Felix (pen)
⚽️ AdamsRB Leipzig are through to the #UCL semi-finals thanks to Tyler Adams' 88th minute winner. pic.twitter.com/qcSmPQhj8W
— Squawka News (@SquawkaNews) August 13, 2020
Namun kelab Jerman itu adalah satu-satunya pasukan yang bermain bola sepak menyerang pada babak pertama yang membosankan.
Kecenderungan pemain tengah pertahanan, Davot Upamecano membawa bola dari rangkaian tiga pertahanan Leipzig ke hadapan juga memberikan indikasi pemain tersebut mempunyai potensi baik untuk terus mencipta nama pada masa depan.twitter
Leipzig akhirnya berjaya menemui gol pendahuluan yang selayaknya mereka perolehi apabila hantaran lintang Marcel Sabitzer menemui Olmo untuk disempurnakan melalui tandukan kilas yang menewaskan Jan Oblak.
Jika Leipzig gagal mengancam disebabkan ketiadaan pemain individu, Atletico Madrid bolehlah dianggap memiliki isu yang lebih serius dan sistematik untuk diberikan huraian.
Bekas penyerang Chelsea, Diego Costa jelas bersendirian di hadapan dan adakalanya seperti dibuli oleh pemain pertahanan muda Perancis, Upamecano.
Terdesak mencari gol penyamaan, Simone memasukkan pemain bernilai £100 juta, Joao Felix.
57': Joao Felix comes on
69': Joao Felix wins a penalty
71': Joao Felix scores a penaltyRB Leipzig 1-1 Atletico Madrid pic.twitter.com/9kHGdGe6X9
— Squawka News (@SquawkaNews) August 13, 2020
Felix bermain dengan baik setelah dimasukkan, dan lariannya menyebabkan Leipzig dihukum apabila pengadil memberikan sepakan penalti. Bintang muda dari Portugal itu menampilkan keyakinannya untuk menyempurnakan sepakan.
Sebarang perubahan momentum selepas gol penyamaan tersebut bagaimanapun dinafikan oleh Diego Simone yang mengarahkan anak buahnya duduk di belakang dan sekadar bertahan.
71': Tyler Adams comes on
87': Tyler Adams scoresThe goal that sends them to the #UCL semi-final? pic.twitter.com/wvyCLuAKF9
— Squawka News (@SquawkaNews) August 13, 2020
Tetapi satu hantaran bijak dari Sabitzer berjaya membebaskan Angelino sebelum pemain itu berjaya menemui Adams. Pemain tengah Amerika Syarikat itu kemudian melakukan satu rembatan deras yang mengena Stefan Savic dan terbias menewaskan Oblak yang pegun.
Demikianlah tamatnya perjalanan Atletico Madrid yang sebelum ini gah menewaskan juara bertahan, namun kini tersungkur kepada sebuah pasukan yang teruja mencipta sejarah baharu.