UCL 2019/20: Liverpool 2 Genk 1

Liverpool berjaya melaksanakan misi kemenangan di Anfield dengan menewaskan Genk.

Liverpool turun tanpa 2 tonggak utama di hadapan iaitu Firmino dan Sadio Mane. Ianya mungkin salah satu persiapan Jurgen Klopp untuk perlawanan hujung minggu ini berhadapan dengan pesaing EPL, Manchester City.

The Reds terlebih dahulu di hadapan menerusi Gini Wijnaldum pada minit ke-14 separuh masa pertama. Gol tersebut terhasil menerusi tandukan.

Liverpool adalah pasukan yang menguasai sebahagian besar daripada perlawanan ini.

Namun, juara bertahan dikejutkan dengan gol oleh pasukan pelawat menerusi Mbawanna Smatta yang menanduk masuk sepakan penjuru rakannya. James Milner tidak melakukan tugas dengan baik.

Tersentak dengan jaringan itu, Liverpool menggandakan lagi usaha untuk memburu gol.

Mohamed Salah dan Virgil Van Dijk, masing-masing memiliki peluang keemasan untuk menambah gol.

Namun separuh masa pertama berakhir dengan kejayaan Genk mengikat Liverpool 1-1.

Bergema Anfield dengan sorakan para penyokong pelawat.

Bersambung babak kedua, Liverpool terus mengasak ke kubu Genk. Hasilnya, Liverpool tidak menunggu lama.

Pada minit ke-55, bekas bintang Arsenal, Alex Oxlade Chamberlain meletakkan Liverpool kembali di hadapan.

Ia satu jaringan yang sangat cantik dengan ketepatan yang sangat jitu.

Tiada tambahan gol dicatatkan oleh kedua-dua pasukan pada baki perlawanan. Liverpool berjaya mengelak daripada bolos dengan 2 ‘saves’ Alisson.

Kemenangan ini meletakkan Liverpool di kedudukan teratas carta kumpulan dengan 9 mata. Ini selepas Napoli gagal mencatatkan kemenangan di San Paolo.

Napoli diikat 1-1 oleh RB Salzburg.

Liverpool akan berhadapan dengan City selepas ini dalam aksi EPL. Perlawanan yang dianggap mungkin bakal menentukan juara liga pada musim ini.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.