UCL 2019/20: Chelsea 4 Ajax Amsterdam 4

Chelsea hampir sahaja dimalukan Ajax di tempat sendiri. Tidak pasti sama ada Ajax yang cuba mengaibkan ataupun mereka yang membuka aib sendiri.

Separuh masa pertama sahaja, mereka ketinggalan 1-3, beserta dengan 2 jaringan sendiri dihadiahkan secara percuma kepada lawan.

Chelsea memulakan pesta own goal seawal minit ke-2 menerusi penyerang muda sensasi mereka, Tammy Abraham.

Namun Chelsea segera bangkit dan menyamakan kedudukan menerusi Jorginho pada minit ke-4. Jorginho menyempurnakan penalti.

Pada minit ke-20, pemain kebangsaan Belanda, Quincy Promes kembali meletakkan Ajax di hadapan.

15 minit kemudian, giliran Kepa Arrizabalaga pula, tidak bernasib baik dan tertampan bola ke gawang sendiri.

Chelsea menuju ke bilik persalinan dengan ketinggalan 1-3. Ajax pula kelihatan yakin mereka akan berjaya menang di Stamford Bridge.

Bersambung babak kedua, hanya 10 minit sepak mula, Ajax menambah gol menerusi pemain yang dikaitkan dengan Real Madrid, Donny Van Der Beek.

Ketika Ajax berkira-kira mahu membawa pulang 3 mata, mereka terleka. Ajax menyaksikan dua pemain mereka dibuang padang secara berturutan selepas itu.

Chelsea bangkit dengan 2 gol untuk mengikat Ajax 4-4. Gol ketiga Chelsea menerusi Cesar Azpilicueta.

Manakala gol keempat adalah menerusi pemain muda Reece James. Chelsea gagal memanfaatkan kelebihan 2 pemain pada baki perlawanan.

Chelsea menjadi pasukan ketiga dari England yag berjaya bangkit daripada ketinggalan 3 gol selepas kali pertama, Liverpool melakukannya pada 2005.

Ketika itu, Liverpool bangkit mengikat pasukan serba lengkap AC Milan.

Ajax pula pernah mengalami pengalaman serupa musim lalu berhadapan dengan lawan dari London, di mana mereka terkena kebagkitan selepas mendahului. Bezanya musim lalu ianya secara agregat.

Keputusan ini menyaksikan ada 3 pasukan dalam kumpulan H yang terikat dengan 7 mata. Manakala Lille sudah hampir pasti tertutup pintu untuk mereka.

Perlawanan seterusnya, Chelsea akan kembali beraksi di EPL berhadapan dengan Crystal Palace.

 

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.